Hmmm... hari ni, aku menutup tahun 2009 dengan penuh kekalutan. Satu usaha berjaya, namun dalam kekalutan dan usaha mengejar kejayaan itu, yang dikendong pulak keciciran. Tetiba rasa sepi, sebab tak der org disisi utk sama-sama merai. Mungkin ini jalan takdirku (pinjam ayat Jumana...).
Apapun, aku tau, dan aku yakin, Allah lebih tahu apa yang baik utk aku. So... kita enjoy!! Hehehe Cakap memang mudah, kan? Arrgghhh... I hate this feeling.
Anyway, Selamat tahun baru 2010 untuk semua. Best of luck!! May Allah Bless U All.
Singgoh Le Dulu Aok Yer
Thursday, December 31, 2009
Saturday, December 19, 2009
DARI BUKIT JALIL KE KLCC
Dah dua minggu aku try upload gambor masa aku kat KL ngan anak2 tempohari. Sampai hari ni pun still tak leh jugak. Ntah apa la tulahnya. Kecik hati aku. Nak update cerita lain pun dah tak de mood...
Tuesday, December 15, 2009
PUTRAJAYA
Dalam sibuk kerja melambak, tetiba aku kena naik ke Putrajaya. Urusan kerja on Friday. Saturday tu, Boss ajak masuk Empangan Chereh, visit staf and memukat ikan. Menarik gak tu. Tapi last2, aku terfikir utk ikut cadangan Cikgu Jang,
PERGI BERCUTI!!
Tapi tak de la sampai dua tiga minggu. Pecah kepala aku bila masuk kerja semula esok..So aku cancel Empangan Chereh hari Sabtu. Bawak anak2 gi Putrajaya je la. Sesambil kerja, boleh berjalan.
Balik rumah lepas kerja, mlm tu suruh anak2 kemas pakaian utk dua hari. Seronok je masing2. Sepanjang hayat diorg belum sampai Putrajaya lagi. Kampung betul!! Hahahaha...
Friday, singgah ofis, pas tu gi hantar dokumen ngan duit kat Lan utk masuk lori ke Puspakom, pukul 9.30 pagi gerak dari Indera Mahkota ke KL. Made a few stops, biasa la jalan ngan anak2. Sampai PKK pukul 12.15, sedang elok org keluar rehat. Terpaksa la tunggu ofis bukak balik pukul 2.45 ptg.
Gerak ke Seri Kembangan, jumpa Hajat dulu. On the way nak ke Seri Kembangan, sempat snap gambar ni.
Berlatarbelakangkan Masjid Besi.
Masa dalam keta, Kakak sempat la snap gambar-gambar ni. Ada banyak lagi gambar yang Kakak ngan Adik snap, tak yah la masuk semua kot...
Jambatan Wawasan
Bangunan MOF
Pejabat Perdana Menteri
Lepas lunch, gerak semula ke Putrajaya setttlekan kerja apa yg patut. Settle urusan aku around 3.30pm, then bawak anak2 gi solat kat Masjid Putrajaya. Masuk je dlm terus nak ambik gambar.
Kat Entrance Masjid Putrajaya
Still kat entrance masjid
Lepas solat, sambung balik semula sessi fotografi.
Adik kat dlm masjid
Kakak & Adik, berlatarbelakangkan Pejabat Perdana Menteri
Berlatarbelakangkan Jambatan Wawasan
Berlatarbelakangkan Entrance Masjid
Kat depan entrance masjid
Dah jemu pusing Putrajaya, kami gerak ke Pandan Indah, naik Bukit Permai, feveret spot aku. And guess what, anak2 aku pun suka tempat tu. Hehehehe...
Buai laju laju....
Kuala Lumpur dari Bukit Permai, dulu Yusuf Haslam selalu shooting kat sini..
Another view from the same spot
Turun dari Bukit Permai, singgah kat Pandan Indah, jumpa Mek Ba, pas tu gerak ke Bukit Jalil utk jumpa Haji Yusram, Hajjah Fatimang n family. Mlm tu kami tidur di Bukit Jalil.
Esoknya ... esoknya cerita esok je la. Byk keja lagi nih...
Kalau la ada DSLR, sure gempak gambar ni...
Thursday, December 10, 2009
HOUSTON, WE HAVE A PROBLEM!!
Tetiba teringat ayat ni. Tak tau apasal. May be sebab aku tgh ada problem. Masalah problem. Bila ada masalah, adalah problem. Dan bila ada problem, adalah masalah. Hahahaha.... ayat org tak cukup akal. Hahahahhaa...
Tapi, bila ada masalah dan problem, mesti ada jalan penyelesaian. Usaha dan doa, InsyaALlah, selesai la masalah dan problem tu.
Masalah aku ialah... 2009 dah dekat nak habis. So, mcm biasa, org akaun n finance mcm aku ni, akan ada masalah beban kerja bertambun untuk disiapkan. Apalagi, tutup akaun la bro. Walaupun masalah tu common dan memang berlaku setiap hujung dan awal tahun, tapi, penatnya tu.... Aduiiii.. penat!!
Mintak maap la tak dan nak meng'update' blog nih. Aku sibuk... adoooiii!!! sakit kepala!!
Time2 cam ni, idea pun lari nak menulih.
Saturday, December 5, 2009
PERGINYA SEORANG IBU
Dapat call dari Hafiz a few days ago, "Ma masuk ICU. Ambulan datang ambik kat rumah pagi tadi. Dua tiga hari lepas, Ma ada cakap, nak jumpa ngan Alif dan Alifah. Tapinya, dah kat ICU ni, budak-budak tak leh masuk jugak. Nanti, bila Ma dah keluar ke wad biasa, Abang Idi bawak la anak-anak datang".
Dua tiga hari menunggu perkembangan baru pasal Ma. Dalam masa yang sama, anak-anak jatuh sakit (read my previous entry). So, aku tak tergamak jugak nak bawak anak-anak tu ke Kuala Terengganu dalam keadaan mcm tu.
Jumaat, 4/11 around 2 pagi, Yati call, "Ma dah dibawa balik ke rumah. Saya baru sampai Kuantan ptg tadi, skrg nak kena balik semula ke KT. Rasanya, boleh dah kalau awak nak bawak anak-anak balik tengok Tok diorang".
Pukul 3 pagi, Hafiz call "Ma dah tak ada. Pukul 1.30 pagi tadi. Kebumi esok, pukul 11 pagi".
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
Jumaat, 4/11, pukul 7 pagi kami dah bersiap. Tapi tiga kali tunda sebab Kakak sakit perut. Sakit yang tidak langsung mematahkan semangatnya untuk ikut berjumpa ngan Tok yang dah terlalu lama dia rindui. Pukul 8 pagi gerak, stop dua kali utk Kakak dan 1 kali utk Adik. Sampai Kuala Ibai pukul 11. Arwah tgh dikapankan. So sempat jugak tgk Ma utk kali terakhir. Sempat jugak Kakak ngan Adik tengok Tok untuk penghabisan kalinya.
Dari rumah, jenazah dibawa ke Masjid, disembahyangkan. Solat jenazah diimamkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Haji Abdul Hadi Awang yg dtg selepas selesai ceramah mingguannya di Masjid Rusila. Usai solat jenazah, Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Ibai, dalam kawasan Masjid tu.
Sebagai menghormati permintaan Ma, talkin tidak dibaca. Namun doa selamat dan sedikit tahlil masih tetap dibuat diketuai oleh Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat, Al-Fadhil Ustaz Dato' Haji Harun Taib. Sekitar 12.15 tghari, semuanya selesai.
Sebelum balik, pesan Ayoh, bila-bila kalau turun ke Kuala Terengganu, bawak la Kakak ngan Adik berkunjung ke rumah. Walaupun Ma dah tak de, Ayoh masih hidup, teringin nak jumpa diorang lagi.
InsyaAllah. Aku tau mau berjanji lagi, takut nanti jadi munafik. Biarlah org lain jadi munafik, asalkan bukan aku sebab aku terlalu benci munafik dan kemunafikan. Aku dah penat berhadapan dengan golongan sebegitu. Cukuplah.
Ma, ampun dan maaf dari saya kerana tidak berkunjung ziarah selama Ma uzur lebih setahun. Ampun dan maaf juga sbb tak pernah bawak 2 cucu Ma, anak-anak saya ke sana dalam tempoh itu. Ampun dan maaf jugak sebab tak pernah telefon bertanya khabar sejak tiga empat tahun kebelakangan ini walaupun terus menerus mendapat khabar berita dari Yati dan kawan-kawan. Ampun dan maaf sebab bersifat terlalu defensif selepas apa yang saya lalui dalam hidup saya, hingga membenarkan ego, dendam dan amarah menguasai diri saya selama ini. Saya cuma manusia biasa, seperti juga Ma dan orang lain. Saya bukanlah yang terbaik antara insani. Dalam hati tetap ada marah, benci, kesal, dendam.
Junjung kasih Ma atas segala budi baik Ma selama ini. Semoga Allah memberikan kebaikan dan balasan yang baik atas segala kebaikan Ma selama hidup di dunia, dan semoga Allah mengampunkan seluruh dosa Ma. Semoga Allah berikan kelapangan di alam barzakh, dipermudahkan hitungan hisab di akhirat dan ditempatkan di syurga bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.
Terima kasih kerana pernah menerima saya sebagai anak, melayan saya lebih dari seorang anak, menerima anak-anak saya sebagai cucu dan melayan mereka lebih dari cucu-cucu yang lain. Dan terima kasih kerana mengajar saya erti kasih sayang sebenar seorang ibu. Dan biarlah saya seorang yang memahami erti itu.
Demi Allah, hati saya sangat gembira setiap kali 'pulang' ke rumah Kuala Ibai. Demi Allah, saya gembira setiap kali dapat berhimpun beramai-ramai dengan keluarga besar Ma. Dan, demi Allah, sepanjang lima tahun terakhir ini, saya amat rindu utk merasai kegembiraan itu walaupun mustahil hati saya akan dapat menerima semula Yati dalam hidup saya. Dan saya faham, biar berapa byk pun air mata saya mengalir menangisi semua yang dah berlaku, masa tak mungkin dapat diundur, dan kuasa Allah dengan takdirnya tidak mungkin dapat diubah. Sesungguhnya, kuasa Allah jua yang menentukan perjalanan hidup seluruh manusia. Takdir dan waktu. Saya pasrah, berserah terhadap apa jua ketentuan yang ALlah berikan untuk saya.
Ma, walau apapun yang pernah kita lalui, yang baik dan yang buruk, yang gembira dan yang sedih, suka dan duka, saya akan terus berdoa utk Ma, sepertimana saya berdoa untuk Arwah Mek. Semadilah dengan aman, moga segala amalan baikmu dan segala syafa'at akan berada disisimu, mengiringi perjalananmu pulang bertemu Allah, Tuhan kita yang satu. Amin
Tuesday, December 1, 2009
ANAK-ANAKKU SAKIT
Lama gak tak update blog nih. Sakan beraya kut. Sampai bau lembu satu badan byk sgt makan daging. Hehehehe.
Apa citer? Khamis lepas, sebelum raya, keta aku accident kat tempat parking belakang CIMB. Lampu belakang pecah, kemek sikit. Huk alaaa... Nak mintak ganti rugi pun tak tau nak mintak kat saper. Dah tanya kat pomen, tukar lampu baru, ketuk, spray balik, lebih kurang RM300. Huhuhu... Sampai ari ni aku tak usik rosak tu. TAk sempat beb, tgh byk keja.
Sibuk dua hari ni since masuk ofis. Tak dan nak mencara ke blog. Semalam Adik demam, muntah, cirit birit. BAgi makan ubat, dah OK sikit. PAgi tadi, Kakak pulak kena sakit yang sama. Tghari tadi Kak Mah call, bgtau Kakak dah flat habis. Tinggalkan ofis, bwk anak2 gi klinik. Dua-dua ambik ubat. Mlm ni dah nampak OK sikit. Hopefully, by tomorrow semua akan OK.
InsyaALlah.
Subscribe to:
Posts (Atom)