Singgoh Le Dulu Aok Yer

Saturday, May 30, 2009

Piknik Di Sg. JIN

Yang ni dah duduk kat draft kat dua bulan. Tak sempat nak posting dulu, problem masa nak upload gambar...

Balik kerja ptg Sabtu lepas, aku terlelap kejap sbb kepenatan. Terjaga pukul 6.30 ptg, aku call Ina, tanya jadi ke tak nak gi piknik esok. Masa dia tanya kat ofis tadi, aku tak dan nak jwb, byk benda sgt tgh buat. Lepas cakap ngan Ina, gi pasar ikan segar, beli ikan ngan sotong, hantar kat rumah Ina utk proses. Lama dah tak gi piknik, air terjun. Selalu gi pantai je ngan anak2. Pantai kat rumah jer...

Esoknya, Nafiz dtg ambik aku pukul 10 pagi. Kumpul kat Simpang Bukit Goh, makan jap, terus shoot ke Sg. Lembing. Satu keta, satu van, satu 4WD. Sebelum sampai Pekan Sg. Lembing, belok kanan naik jambatan kayu lama (dekat nak sama umur ngan satu ah soo yang tgh lalu jambatan tu masa kitorg nak cross. Dr jalan besar tu, masuk jalan trekking. Best jugak ni. Tukar driver, aku pegang stereng pulak. Lebih kurang 30 minit, sampai la kat Sg. Jin. Jauh aku kena tinggal dek 4WD (Sepol ngan Ina).

First time aku sampai sini. Lepas parking keta, aku bwk van pulak nak cross sungai. Mi Telur ni tak de telur kot nak bwk cross sg. Hahahhaa.... So, apalagi, nampak jer air, Kakak ngan Adik terus jerit "Ayah!! Nak mandi sungaiiii!!!!!....." Hah lantak.

Kakak mencuba bakat sebagai navigator

Ina ngan Nurul bwk budak2 mandi sg. Aku, Sepol, Jemi, Nafiz & Adik hidupkan api, turun brg, BBQ. Aku pun turun join budak2 mandi...... Selebihnya, tak yah cerita la kot....



Gambar ni membuktikan aku mempunyai kadar serapan air paling tinggi...

Lepas mandi air sungai, pergi mandi air panas pulak. Tak sangka lak aku ada mata air panas kat sini. Siap kolam lagi. Sayang tak berjaga... Dah puas air panas sambung air sungai balik semula.

Pukul 3.30 kitorg blah. Sambung trekking ke Empangan Chereh. Lebih kurang 40 minit dari Sg. Jin. Hutan semata-mata hutan. Cuma ada kampung org asli jer. Lagi sekali kena tinggal ngan 4WD. Sepol ngan Ina buat kerja maintenance kat Empangan ni bawah nama Tahap Engineering. Lebat gak income diorg bulan2.

Pemandangan empangan dari depan site ofis Tahap Engg. / Global Jaya Ent.

Sampai kat Chereh, wahhhh.... cantik tempat ni. Baru jer bukak Empangan ni. Baru nampak civilisation lepas lalu hutan. Ina ngan Sepol siap ada ofis kat sini. Budak kerja dia dua org, buat kerja, siap bercucuk tanam sayur lagi.


Muka penat anak2 aku lepas bergumbira ria di Sg Jin...

Dalam pukul 6 kitorg blah. Singgah ngeteh kat Sg. LEmbing jap, pas tu blah. Sampai rumah dah dekat pukul 8. Penat, tapi puas hati. Anak2 pun seronok. Dah siap plan nak gi lagi lepas ni. Tengok la. Lepas Kenduri Mi Telur nanti, nak gi lagi sekali. May be bulan 7 or bulan 8.


Thank you guys for a hell of a good time.

Friday, May 29, 2009

Kakak Dapat Hadiah... Lagi

Posting ni patutnya dah dua tiga minggu lepas aku buat, tapi tertunda sbb nak tunggu kamera sampai balik kat aku utk aku download gambar. Majlis penyampaian hadiah ni pun tertangguh lama, a few months actually. Patutnya majlis ni buat akhir tahun lepas atau awal tahun ni, tapi entah apa masalah pihak sekolah, pertengahan bulan Mei baru dia buat.

Majlis Penyampaian Hadiah utk Sekolah Agama Rakyat Masjid Jame' Beserah, Kuantan. Last year, exam akhir tahun, Kakak dapat nombor dua. Kira OK la walaupun tak dapat nombor satu mcm sekolah kebangsaan dia. Aku dah cukup bangga dgn pencapaian dia. Bapak mana tak bangga, kan?

Kakak dengan sepupu, Abang Long Firdaus & dua pupu, Abang Long Hafiz

Utk sekolah kebangsaan, tempat pertama dari kelas pertama dan seluruh darjah satu. Utk sekolah agama, tempat kedua dari kelas pertama dan seluruh darjah satu. Dah lebih dari cukup untuk anak yang cuma ada Ayah tak ada Ibu. Apa apa la. Bapak mana yang tak nak bangga dengan anak sendiri, kan?

So, majlis pagi tu, aku bawak Adik sekali, tapi sampai stgh jalan Adik nak balik. Dia letih dengar org berucap lama sgt. So aku bawak dia balik. Sampai semula kat sekolah, laaaa... tak habis lagi pak mamat ni berucap. Lepas ucapan, ada persembahan nasyid, lepas tu ada tilawah dan hafazan. Abang Long Firdaus, anak Abg Din aku baca hafazan. Just FYI, Abang Long Firdaus Johan Hafazan Daerah Kuantan. Mesti bangga Abah ngan Mama dia.

Lepas hafazan, ada khatam Qur'an. Ada Abang Long Firdaus, ada Kak Long Shamimi ngan Abang Ngah Fahmi anak Abg Yie. Aku duk harap Kakak dapat khatam Qur'an sebelum dia masuk darjah 4. Tak mustahil, sbb dia pun dah masuk juzuk 5 6 dah.

Abang Long Firdaus mengetuai Majlis Khatam Qur'an

Lepas majlis Khatam Qur'an, ada jamuan, lepas tu baru penyampaian hadiah. Ni gambar-gambar dia dan mereka yang berkenaan.

Kakak, Alifah Nadia Amin

Abang Long, Mohd Firdaus Kamarudin

Abang Long, Mohd Hafiz Bin Razali

Abang Ngah, Fahmi Zahari

Kak Long Shamimi Binti Zahari

So, Kakak, tahniah dari Ayah. Terima kasih sbb buat Ayah bangga giler, kembang jer rasa sampai ketat seluar aku... Hahahaha....


Chow.

Monday, May 18, 2009

Adik Kalah Silat

Sebelum aku lupa, thanx to Mazlina Salleh for the yummy chocolate cake on my birthday. I tak perasan yr msg kat my hp, but I do notice cake tu bukan tempah kat kedai. Wat sendiri ek? Best la, lain kali boleh mintak lagi...

So, lepas menang silat peringkat Zon Indera Mahkota tempohari, awal Mei hari tu, Wonder Pet aku nan seorg tu gi bertanding ke peringkat Negeri Pahang, buat kat SMK Seri Bera, Triang. Punya la suluk nya tempat tu. As a support, aku ngan Kakak drive gi sana. Ya Allah, panasnya cuaca hari Jumaat tu, Tuhan aje la yang tahu. Sampai kat Bera, start turun keta sampai aku balik, peluh aku non stop.

Team Wonder Pet aku peserta pertama hari tu. Kesian diorang, sampai je kat sekolah tu, terus bersiap utk mulakan pertandingan. Lunch pun tak sempat. Dah siap tu, kena pulak menunggu juri sampai. Janji 2.30 pm, pukul 3.15 pm baru mula. Janji Melayu betul. Janji Melayu + janji org gomen, ikut suka mak bapak dia jer.... Kesian budak2 tu, dah la lapar, ngantuk lagi penat jalan jauh. Siap ada yang tertidur atas simen kat kaki lima....

Lepas habis persembahan, terpaksa la pulak menunggu sampai semua org lain habis. Duduk la kat dlm dewan sekolah tu sampai ptg. Tak leh jugak nak keluar makan. Masing2 tidur je. Kesian aku nengok. Tapi, no complain. Tak ada salahnya budak2 ni belajar susah sikit. Setidaknya diorang tahu, these are the prices they have to pay kalau nak aktif dlm ko-k2 yg cm ni.


Bila keputusan keluar, team Wonder Pet aku tak ada dlm senarai 3 teratas. Kira kalah la tu. Dah kalah tu, malas la aku nak stay kat situ, so aku decide nak balik terus the same day. Call Mama Faiz, dia mintak aku bawak Faiz balik. Bila Faiz balik, Wonder Pet pun nak balik jugak la. Since dua org ni nak balik, ada la sorg lagi kawan dia nak ikut balik. Siap nangis nak ikut. So, bawak je la diorang balik. Bukan kena dukung atas belakang pun, naik keta. Sonang bai tu....

Aku ada ambik video persembahan team Wonder Pet aku tu, tapi nak upload ni, satu hal la pulak dengan modem tak berapa nak laju ni. So aku masukkan gambar je la, team Wonder Pet ala2 Jawa Rangers ni....

Utk penganjur, terima kasih. Utk cikgu cikgi yang terlibat, terima kasih. Utk pengiring2 pasukan, terima kasih. Kalah pun, aku tetap puas hati, bukan Team Wonder Pet tak bagus, cuma ada team lain yg lagi bagus.... Tak dapat la kitorg ke Melaka. Cuma satu je aku harap, belajar la tepati masa, terutama bila anjurkan sesuatu supaya tak menyusahkan org. Sakit ati aku bila org dewasa mak bapak org boleh jawab, "saya pun dari jauh jugak, pun belum makan lagi..." Kau org tua tak pe la, jangan compare dengan budak umur 5 6 tahun. Tak ke BODOH namanya tu... Akal ada ka?

Wonder Pet menyamar sebagai Jawa Rangers untuk membantu

mereka yang dalam kesusahan


Inilah Team Wonder Pet Jawa Rangers..

Wednesday, May 6, 2009

Happy 36th Birthday, Idi

Hari ni genap umur aku 36 tahun. Dah tambah setahun umur aku, dah kurang setahun hayat aku. Setakat aku tulis ni, baru Teh sorang je la yang sms wish happy birdday kat aku. Yang lain mungkin tak ingat dah. Memang patut pun, memang aku tak der saper yg special yang patut ingat birthday aku pun... Anak2 aku dah pun wish aku malam tadi.

Seingat aku la, tak pernah pun ada benda yg best jadik kat aku on my birthday. Yang selalu jadik, benda tak best jer. Hari ni pun, setakat aku tulih ni, dah ada yang tak best pun jadik. Pagi2 tadi gi BIMB nak bank in cheque, keta tak nak hidup. Terpaksa la menonong dlm keta, kat tempat tak leh parking, tunggu enjin sejuk.

Sepanjang hayat aku, selain masa aku ada bini dulu, rasanya sekali je org celebrate birthday aku. Budaya sambut birthday was not part of my family's value. So, throughout the 70's and 80's, no birthday celebration had ever took place in my life. Not even a birthday wish pun. Masa kat U, birthday aku ni sentiasa jatuh masa cuti semester. So tak der can org nak celebrate. Nasib baik gak aku sebenarnya, kalau tak tentu teruk aku kena pedajal ngan member2. Maklum ajer, masa birthday kawan2, aku la antara org paling teruk kenakan org. Sure ramai yang mengidam nak balas dendam kat aku, especially geng2 budak basikal dan bebudak askar Ko-K.

Cuma sekali, tahun 1995, birthday ke 22, aku kat UIA, Kampus PJ, wakil U utk Debat DiRaja (that was the time when I became a friend to Mazidol Akma Sidek - 360 TV3, Sayid Munawar - Bual Bicara RTM, Datuk Saifudin Abdullah - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Prof. Madya Mustafa Ishak - Pengkaji Politik UUM, rasanya diorang semua pun dah tak ingat kat aku dah...). Mlm birthday aku tu, lepas Nik (bekas S/U Sulit Datin Azizah Presiden Keadilan) ajak aku ngan kawan2 pegi makan seafood kat Klang. Masa tgh bersiap tu, aku kena tangkap ngan budak2, pas tu kena telur beramai2. Once terlepas jer, aku kejar budak2 tu keliling blok. Masa duk kejar tu baru aku perasan, rupanya aku cuma ber T-shirt dan berseluar dalam ajer adanya. Alamak!!! Masa nak balik bilik aku, budak2 U lain tunggu aku kat depan pintu bilik masing2 dan ucapkan happy birthday kat aku.... segan pun ada, sayu pun ada....

Malam esoknya, kawan2 beli kek dan buat a small party utk aku kat padang UIA tu. Sampai sekarang aku ingat, sebab itu la kali pertama dan terakhir kawan2 celebrate birthday aku. Lepas pada tu, dah tak der celebration lagi dah. Masa ada isteri dulu, every year aku sambut birthday ngan dia. Just the two of us. Sekali tu, dia buat surprise party, jemput kawan2 satu ofis aku. Siap barbeku segala. A few days after that kami ke Pangkor, gathering OFTWD, tapi tak sempat nak bermalam pun kat Pulau tu sebab Kakak masuk hospital Manjung, pas tu kena refer ke HUKM, sblm bwk balik ke KMC Kuantan utk operation...

Apapun, aku ucapkan terima kasih utk semua yg pernah raikan birthday aku. Apa lagi nak sepanjang hari ni? Well, still kat ofis, tak banyak dah kerja nak buat, petang ni balik rumah, kena masak makan mlm utk anak2. Esok cuti Hari Hol, so malam ni tak perlu gosok baju sekolah anak2. Mlm ni bwk anak2 makan kat luar pun OK jugak kot.... Lama dah tak keluar malam...

Monday, May 4, 2009

Happy Mother's Day

I miss my mom, so much.... it tears me apart.

For all mothers out there, Happy mother's day. And for all the rest, appreciate your mother, while they're still around.

"Ya Allah, aku sedekahkan solatku, bacaan qur'anku, dan seluruh amal baikku untuk arwah Ibuku. Engkau ampunkanlah dosa-dosanya, Engkau lapangkanlah kuburnya, Engkau jauhkanlah dia dari semua siksaan kuburnya, dan Engkaulah tempatkanlah dia di Syurga bersama org yg beriman dan beramal solah. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin..."

Go this from Hajat's email. Thanx Hajat. (Aku dah ubah sikit isi kandungan dia...)

Subject: Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Masa aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....mak
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

p/s : Kesian Kakak ngan Adik, tak dapat nak merasa kasih sayang insan bergelar IBU....