Singgoh Le Dulu Aok Yer

Tuesday, August 10, 2010

AHLAN YA RAMADHAN...

Since so many years before this, bila 1 RAmadhan menjelang, aku akan ambik cuti utk balik kampung. Ever since my university days. Walau pun SANGAT jauh dan pengangkutan awam masa tu tak semudah dan seefisien skrg, aku akan usahakan jugak utk balik kampung. Ponteng kelas pun sanggup. All that, just to celebrate 1st day puasa bersama keluarga, dengan Mek, dengan Ayah dan adik beradik lain. Kami akan bersahur bersama, dan berbuka bersama.

Since I got my first gastric attack back in 2001, a few months after I got married, cuti on the 1st day of Ramadhan had became compulsary. Sebab, selalunya (walaupun bukan semestinya...) aku akan menderita kesakitan pada hari pertama tu. So, I will make sure aku tak kerja and make sure aku boleh habiskan hari pertama puasa. InsyaALlah, if I do survive the first day, I will make it the whole month.

Tonite, InsyaAllah, kita akan mula tarawih, dan dinihari nanti akan mula bersahur. Petang esok, berbuka. Cuma... semuanya dah berbeza. Aku dah tak perlu balik kampung sebab aku mmg dah duduk kat kampung dah. Adik2 beradik yg lain akan balik rumah ni pulak. Utk mlm ni, dan esok.. Teh will be here, InsyaAllah. Abg Din, harapnya sudi la berbuka bersama esok. Kak Ani di JB dan Ayah Su di Melaka.. belum ada khabar berita nak balik ke tak...

But the biggest different this year around, aku akan mula berpuasa tanpa Arwah Mek dan Arwah Ayah bersama aku lagi. Dah tak de dah masakan2 feveret aku hasil air tgn Mek dan Ayah. Dah tak dapat tatap wajah mereka berdua sewaktu umat Islam bergembira tatkala berbuka puasa. Semuanya... cuma tinggal memori...

YA Allah, besarnya cubaan yang kau berikan utk aku hadapi... Kau tabahkanlah hatiku menghadapi semua ini, dan teguhkanlah aku dijalanMu, ya Allah. Dan janganlah engkau palingkan aku selepas Kau berikan aku hidayat dan petunjukMu..

YA Allah, aku sedekahku puasa ku tahun ini, solatku, dan semua amalan baikku untuk Arwah Ibu dan Bapaku. Engkau ampunkanlah dosa2 mereka, Engkau lapangkanlah kubur mereka, engkau jauhkanlah segala siksaan kubur mereka, Engkau permudahkanlah hisab mereka, dan Engkau tempatkanlah mereka di Syurga bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

Amin.

4 comments:

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

En Idi, apa khabar, lama tak menjenguk blog ini.

Dah berpindah ke Trgnu ke sekarang, mudah sikit duduk tempat sendiri yee..

Juga saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semua ibadah kita kali ini diberi ganjaran yang berlipat ganda.

Juga maafkan saya kalau ada tersilap salah dah tersinggung perasaan selama kita berblog ini..

Azhar Omar said...

Selamat berpuasa utk ko & anak2. I'm very sure Ramadhan kali ni agak mencabar bagi ko especially bila memikirkan kehilangan insan tersayang. Banyak kan bersabar bro. Aku perlu admit yg ko mmg kuat utk hadapi semua ni. Keep it up bro demi kelangsungan hidup. Proud of u bro ;)

Chah said...

Hanya Allah yang tahu kenapa kamu...

salam ramadhan daripada :
aku
(yang bakal kurus)

JALAN REBUNG said...

salam ramadhan untuk hang ngan anak hang ...harap hang banyak bersabar ...gunakan kesempatan bulan yg mulia ni banyak berdoa untuk yang tersayang ...