Singgoh Le Dulu Aok Yer

Saturday, February 27, 2010

GATHERING KELAS 1.13 1991/92, KOLEJ MATRIKULASI UUM


Selepas lebih dua bulan bersepak terajang dlm fb, akhirnya, pada 14 Februari 2010 berlangsunglah small gathering kami seperti yg dirancangkan. Aku turun dari Cameron Highland around 3 ptg, dalam keadaan Cameron Highland yg jammed teramat sgt (kata Juju : the whole world were there, 4 sure la jammed...), melalui jalan Cameron Highland - Tapah (now aku dah kenal dan lalu 3 jalan naik ke Cameron Highland), masuk Highway PLUS ke KL, sempat singgah mandi kat R&R. Sharp pukul 8 mlm, aku sampai kat Simpang Sri Hartamas. Pas tu sesat kat Sri Hartamas sedang tempat nak jumpa tu kat Desa Sri Hartamas.
Around 8.20 aku sampai kat Souled Out, Juju was waiting for me kat main entrance. So nice of her. Dwi, Azmiyah ngan Wiwi (bersama her bodyguard) dan pun sampai. 15 minutes later Shelly and Kak Long Eezan pun sampai. These are the friends yg hadir mlm tu :



Juju, Norsiah Juriani Binti Johari. Married, since University days lagi, and blessed with 2 kids. Antara perempuan paling geliga otaknya yang pernah aku kenal. Pernah cakap kat aku "U'll make a failure complete when u stop trying". Sampai skrang aku ingat. Sblm gathering ni, aku jumpa dia twice in Ktn, masa dia visit branch dia in mid January this year and on 31st January, also this year masa kami lepak tgk MU vs Arsenal kat skrin terbesar Asia di Padang MPK 2. Still pretty, selim melim mcm dulu jugak. Antara org besar kat Dunhill, dah pakai Beemer 5 Series dah pun. Good 4 you my dear.



Dwi, Dwi Indra Gunawan Bin Johari. Nama paling unik dalam kelas aku. Also known as Black di kalangan kawan2. Lebih macho, lebih hensem berbanding masa zaman Matrik dan Universiti dulu. Pemegang mohor besar aka penyimpan rekod terkini kawan2 dan selalu attend apa juga majlis yg melibatkan kawan2 matrik dan UUM. One of the manager di Nokia Siemens Network. Cuma aku ngan Dwi je geng kaum Adam yg dpt attend mlm tu.


Miyah, Azmiyah Osman drive all the way from Penang, sesambil balik rumah mertua, sesambil tu dtg gathering. Skrg ni kat LHDN Penang, so, orang Penang sapa tak bayaq cukai, jaga no! Sat gi Azmiyah mai.. Paling pendiam dalam kelas dulu, nak dengar suara dia cukup susah. And still lagi tak berubah. Sepanjang malam tu pun tak cakap byk. Tanya 1, jwb 1. Tanya 10, pun jawab 1 jugak.


Wiwi, Wan Mazura Mohd Shafie mendapat nama gelarannya dari "Dwi! Dwi! Dwi! Dwi! Dwwwiiii!! Bukak pintu ni aku nak masuk! Dwii! Dwi!" hehehe... aku la yg dajalkan dia masa tu dan bagi nama Wiwi tu kat dia. She drove all the way from Kuala Terengganu!! Hanya utk majlis mlm tu. Of course la, lepak KL dua tiga hari sbb hubbynya ada di KL. Auditor di Hasu Industries, Kuala Terengganu, la ni sibuk duk carik kerja lain di KL. Tak leh hidup di KT yg slow berbanding jiwa hecticnya, walaupun berasal dari Terengganu. Seorg pemandu tegar lagi gagah utk perjalanan jauh. Sgt teruja utk dtg gathering, salah satu sbbnya ialah nak revenge kat aku yg selalu kenakan dia masa kat Matrik dulu. Hehehe. Peace Wiwi! Peace!! Fight no more!



Shelly, Noor Shaliza Zulkifli. Anak jati KL. Pernah jadik guru (yg sgt berbakat berdasarkan pitching suaranya.. hehehe). Sekarang Penolong Pengarah di Kementerian Pelajaran di Putrajaya. Still single and available and still happy go lucky mcm zaman kat Universiti dulu. The organizer for this gathering. Tak de minah ni rasanya tak jalan kut gathering. Her mom masuk operation for breast cancer a few days after the gathering, alhamdulillah, setakat ni semua OK.


Kak Long Eezan, Norazizan Mahmood. Nama Kak Long tu aku ngan Mamat Idris bagi kat dia on the first day of class. Sifu Maths aku masa Matrik. Antara kaum Hawa paling rapat ngan aku dlm kelas dulu. HR Manager di Petronas, JB (dulu belajar IT, tapi skrg kerja HR..) dan sedang dlm kemungkinan transfer ke HQ sbb dah lama sgt kat JB. Drive dr JB ke PD utk Family Day, mlm cabut lari utk dtg gathering di KL. Lepas gathering, drive balik ke PD. Gagah gagah rupanya classmates aku yg pempuan ni.


Sebagai perbandingan, this is our class photo, taken back in 1992. I was not in the photo atas sbb yg aku sendiri pun dah tak ingat. Ponteng kut... hahaha.. Aku pun lupa la, yg aku ingat, time ni aku insomnia, almost everyday, terpaksa jumpa kaunselor, doktor segala..


Belakang dari kiri : Norhasrin Bin Katuk (Hasrin), Khairudin Bin Hassan (Kudin), Dwi Indra Gunawan Bin Johari (Dwi/Black), Ahmad Kamal Bin Anuar (Kamal), Mohamed Bin Idris (Mamat)
Tengah dari kiri : Zawaliah Binti Ishak (Wawa/Awa), Munirah, Noor Shaliza Zulkifli (Shelly), Norazizan Mahmood (Kak Long / Eezan), Wan Mazura Mohd Shafie (Wiwi), Azmiyah Osman (Miyah), Salmah Ali (Yong), Azlia (Liya), Sofiah Binti Abd. Razak (Sofie/Sopek), Rosenajehah Binti Ramli (Jeha), Salina Binti Salleh (Ina)
Depan dari kiri : Faridah (Jelly), Haliza, Khoirul Azurah (Ayol), Siti Noorhana (Ana), Cik Zalila Binti Mat Top (cikgu IT, tiada kena mengena dgn Noordin Bin Mat Top), Junaidi Bin Ahmad (Joned), Norsiah Juriani Binti Johari (Juju), Yuhana, Norhayati Binti Ariffin (Codek)
I really had fun meeting them. Sangat gembira jumpa balik kawan2 lama yg rapat ngan aku selepas lebih 13 tahun. I can't even find the best words aku boleh describe my feeling that night. Kawan2 dlm kelas ni adalah 24 kawan pertama aku di UUM. Kelas yg sgt best, dan sentiasa mampu menggembirakan aku pada bila2 masa. Kaum Adamnya tak ramai, ada 7 org je. Kaum Hawa ada 18 org, semuanya 25 org termasuk aku.

Pada tahun kedua, kelas kami dibubarkan utk dijadikan kelas elit. Kami yg tak dpt masuk ke kelas elit terpaksalah dipecahkan dan merempatlah kami ke kelas2 yg berasingan menumpang mengharapkan rezeki dan rahmat Allah... Mana yg dapat kelas yg seronok mcm aku ngan Mamat, kira OK la. Mcm Shelly ngan Kak Long, their 2nd year Matrix's life mmg tak best langsung. Even then, walaupun kelas baru aku seronok, bagi aku, personally, Kelas 1.13 tetap yg TERBAIK!!

Lepas gathering, drive back to Ipoh. Sampai around 2.30 am. Masuk rumah terus terbongkang mcm kongkang. Penat.

Monday, February 22, 2010

ALHAMDULILLAH

Di saat waktu terhenti

Kosong


Dimensi membutakan mata memekakkan telinga


Lalu diri menjadi hampa



Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka



Sadarku akan hadirmu





Mematahkan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri



Sujudku

Pun takkan memuaskan inginku

Untuk hanturkan sembah sedalam kalbu



Adapun


Kusembahkan syukur padaMu Ya Allah



Untuk nama




Harta





Dan keluarga yang mencinta






Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa




Alhamdulillah

Plihan dan kesempatan

Yang membuat hamba mengerti lebih baik tentang makna diri

Semua lebih bererti apabila dihayati
Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Saturday, February 20, 2010

FAMILY GATHERING DI CAMERON HIGHLAND

Usai brunch ngan Datuk Bandar Ipoh, aku call Ayah Su. Baru sampai Bukit Beruntung, jalan jammed kow2 punya. So, aku suruh dia terus keluar ikut Tapah dan naik ke Cameron ikut jalan Tapah je. Aku dan yg lain2, 3 keta semuanya, akan terus gerak dari Ipoh lalu ikut Simpang Pulai. Around 11.30 kami gerak dari Ipoh, jumpa ngan Ayah Teh di Simpang Pulai dan terus shoot ke Cameron Highland. The road was smooth, langsung tak der jammed. Tak mcm yg si As budak Apartment Lily tu bayangkan. Sempat buat one quick pitstop utk photography session in the middle of the journey.







Memula jalan smooth je, tak de apa hal. Lepas Kg. Raja, satu satu keta berenti. Keta tak der problem, anak2 je yg byk problem. Nak ke tandas besar la, tandas kecik la, tukar pampers la. But then, itu semua tu benda biasa la bila jalan bawak anak2. Small matter.

Ayah Su ngan Kak Ani, dua keta, naik dari Tapah, lalu jalan lama. Cantik gak pemandangan kalau ikut jalan tu. Siap ada air terjun lagi. Lata Iskandar kalau tak silap aku. Keta Ayah Su pun dah OK. Lepas breakdown kat Puchong tu, semua back to normal. Jalan pun tak de masalah.


Sampai Tanah Rata around 2.45pm. Janji nak jumpa kat depan Maybank Tanah Rata. The timing was very good. 10 minit lepas grup dari Ipoh sampai, grup dari Tapah pun sampai. Dari Maybank, kami gerak ke Apartment, dekat je, walking distance dr bandar Tanah Rata tu, check in dulu, rehat2 kejap. Lepas Asar baru keluar semula gi jalan2.

Untuk hari tu, kami sempat pusing2 Tanah Rata, berenti tepi jalan ambik gambar,

singgah di Cactus Valley

dan ke Pasar Malam Brinchang yang famous itu. Nak gerak pun OK, kereta pun belum banyak lagi. Except mlm tu kat area Pasar Malam Brinchang, memang dah biasa jam pun kawasan tu.

Lepas Pasar Malam Brinchang, singgah beli gula, then balik apartment, masak dan makan malam ramai2. Kira Ok gak apartment tu, sewa hanya utk Muslim shj, jadi tak risau nak gunakan segala peralatan makan masak bagai. Kat tingkat bawah, so senang utk Ayah, tak payah nak naik turun tangga. Tak risau anak2 panjat balkoni and jatuh terhempas segala. Kereta pun parking depan balkoni je, tak risau pasal keselamatan. 'Peace of mind' kata org kampung aku kat Newcastle. The weather was fine, sejuk mcm kat kampung aku gak. Pendek kata, segalanya sempurna. Thank God. Alhamdulillah.

Friday, February 19, 2010

JALAN JALAN CARI PASAL

Chinese New Year came, panjang la jugak. Plan asal : melepak kat rumahku syurgaku, layan tv, layan anak2. Jimat belanja, jimat masa. Hahaha. Teh pulak nak ke Ipoh, jumpa hubbynya. Nak naik bas atau tumpang kawan. Bila kawan2 kelas Matrik ctc ajak reunion on 14/2/2010 tu, aku terus je setuju. Lama gila dah tak jumpa diorg. Nak jugak tgk kawan2 lama ni. Masih orang atau sudah jadi robot. Hahaha.

Alih2, tetiba Teh ajak semua family pergi Ipoh. Ayah Teh di Ipoh ajak gi jalan ke Pangkor. Pas tu Abg Din pulak cadang Cameron Highland pulak. So, Teh pun bagi tugas kat aku, carik penginapan di Genting. Kita buat gathering kat sana. Hmmm... best jugak.

Jumaat, 12/2/2010, pagi2 lagi hantar keta kat bengkel Pak Man, servis dulu, tukar minyak hitam (masa dah time dah pun..) repair power window driver yg tak leh bukak dekat sebulan dah.. (tukar the whole set). Habis dekat RM300 jugak. Lepas Jumaat, lepas kenduri kat ofis baru Metro Kristal, lepas siapkan kerja lebih kurang, aku gi ambik keta, hantar kedai tayar pulak. Buat alignment, balancing, camber. Pukul 7 siap. Nak siapkan keta je dah habis RM500. Adusss... ini memang betul2 carik pasal dah ni.

Malam, aku & anak2, Ayah, Teh, Abg Ngah Johor & Najwa satu keta, Abg Din sekeluarga satu keta, shoot ke Ipoh dari Kuantan around 9.30pm. Sebelum tu, aku pusing satu bandar Kuantan carik kedai ikan masin, cari stok utk Dato' Bandar Ipoh, Datuk Hj. Sawai. Tapi, memang bukan rezeki Sawai la kali ni, semua kedai dah tutup awal.

Masuk LPT, hiway lengang cam biasa. Tapi belah ke Kuantan keta banyak jugak la. Masuk hiway Karak, laluan ke KL still jugak lengang, tapi laluan dari KL traffic dah berenti dah pun. Punya la byk keta. Simpang ke Bentong, jam lebih 1 km, menggambarkan ramainya rakyat Kelantan yg nak balik kg. Aku yakin, diorang akan sampai Kelantan lepas Subuh esok...

Dari LPT, naik kat Genting Sempah, turun di Batang Kali, ke Tanjung Malim, jalan smooth. Masuk PLUS, jalan dah start jammed. Ada sesetgh tempat, merangkak. Semua R&R penuh. Yang tak sempat nak ke tandas, pancut kat tepi pokok bunga je. Hehehe. Sampai Ipoh pukul 4.00 pagi. Terus tido. Penat.

Kak Ani satu family shoot dari JB around 11.30pm (except Angah yg naik ngan aku dr Kuantan). Singgah di Melaka kejap rumah Ayah Su, pas tu shoot together2, ntah pukul berapa aku tak tau. Yang aku tau, pagi tu, Ayah Su call, keta dia rosak kat area Puchong. Siap kena tarik buat pergi workshop kat Rawang.
Alamak! Polis datang! Sure kena saman sebab parking tepi hiway.. Takuttt....

Sib baik Abg Fadhil bawak kad staf Propel, terus polis tu tolong tolak keta..
Altenator kong, tarik gi workshop
Ayah Su menunjukkan cara terbaik utk menjimatkan petrol... hehe

Pagi tu, sementara nak tunggu Abg Fadhil ngan Ayah Su sampai, aku call Datuk Bandar Ipoh, ajak breakfast. Pusing dua tiga tempat, byk yg tutup. Last2 sekali, breakfast kat Medan Selera Stadium Bandaraya. Makanan pun byk dah habis sbb ramai org. Tak kisah la kat mana pun. Yang lebih penting, dapat jumpa kawan lama. Kawan yg pernah susah bersama. Sempat la snap gambar Datuk Haji ni, aku nak masukkan ke fb since ari tu ada kawan2 tanya pasal dia.

Datuk Haji (2x) Mohd Azizal Shubali



One happy soul. Sentiasa senyum dan ketawa. Ketawa sampai tak nampak mata