Singgoh Le Dulu Aok Yer

Tuesday, February 22, 2011

TWO BURGLARY & A FUNERAL

On Thursday, Teh kata hubbynya akan tidur di lokap malam esoknya. Duit dlm peti besi kat ofis hilang. Suspeknya org dalam sebab alarm dimatikan dan tiada tanda pecah masuk. Peti besi pun tak rosak. Bila cek dlm sistem, alarm dimatikan jam 7 ptg. Tanya dgn pengawal bertugas, pak guard tu kata dia pergi makan time tu. Oleh sebab jumlah yg hilang tu besar dan tak mampu dia nak ganti, dia pun buat report polis. Kunci peti besi tu ada tiga org pegang termasuk hubbynya. Khamis mlm Jumaat tu, dua org staf dia yg pegang kunci peti besi tidur dlm lokap. Dia pulak tunggu turn la pulok... Luckily, it didn't happened. Alhamdulillah.

On Friday, my sister went to Raub to accompany her hubby. Tinggal aku 3 beranak kat rumah.

On Saturday, anak2 sekolah ganti. Ntah kenapa mlm tu terasa nak sgt ke ofis Jln Penjara, tapi kenangkan tak de org kat rumah, aku lupakan aja.

On Sunday, lagi sekali terasa nak ke ofis Jln Penjara, tapi aku lupakan jugak atas alasan yg sama.

On Monday, dpt 2 berita tragis. Ofis Jln Penjara kena pecah masuk, laptop Nazri hilang bersama koleksi duit syiling dia. Nasib baik laptop Zamani buatbalik weekend tu. Dan nasib baik Wana bawak petty cash balik rumah. Kalau tak lagi banyak hilang..

Tapi paling terkejut bila dapat berita Abg Johari, security guard kat tempat aku, meninggal hari Sabtu mlm Ahad, pukul 8 lebih sikit OTW balik dari kerja. Lagi sedih bila diorg cerita, dia kena langgar dengan budak2 yang tgh duk lumba keta. Arwah meninggal di tempat kejadian. Budak yg langgar dia tu pulak tak sempat nak lari sbb keta dia masuk longkang lepas langgar motor Arwah.

Sabtu minggu sblm tu, aku terserempak dgn Arwah kat Giant dgn anak pempuan dia, anak nombor dua. Kata Arwah, anak dia baru dapat masuk sekolah berasrama di Pekan, so dia bwk anak dia tu utk beli brg2 keperluan. Arwah bapa tunggal, ada 4 anak termasuk anak2 tiri, semua dia jaga sendiri. Dia duduk ngan mak ayah dia.

Baik orangnya arwah ni. Pandai hormat orang. Bukan setakat kakitangan, student pun suka kat dia. Rasa sgt ralat sbb tak dapat attend funeral dia. Tak de org bagitau aku sampai la hari Isnin....

Semoga Allah limpahkan rahmat utk arwah. Semoga dijauhkan siksaan kubur, dipermudahkan hisab dan ditempatkan di syurga bersama org2 yang beriman dan beramal soleh. Amin...