Untuk sebulan nih, setiap petang aku turun court jadi coach utk budak-budak volleyball. Team lelaki & team pempuan sekali. Last week, team pertama ke Melaka, Sukan Kolej2 Bersekutu, aku patut ikut sbg pegawai pasukan dan coach. Bos aku tak kasik. Kerja aku tgh banyak kata dia.. So... tak pergi la aku. Sedih gak, tapi ini bukan kali pertama aku tak leh ikut team yang aku join...
But then, aku puas bila both team layak ke suku akhir. Aku happy sbb aku tak letak harapan langsung. Dlm 20 orang player, cuma tiga orang je yg pernah main volleyball. Yg lain2 tu semua beginners. Dan diorg boleh lepas ke suku akhir... Alhamdulillah...
While they were in Malacca, aku train team lain pulak untuk ke Sukan Masiswa di Besut. Sama jugak, team laki ngan team pempuan. Bila budak2 yg ke Melaka tu balik, aku panggil 3 orang utk join team baru ni. Kali ni, awal2 aku dah cakap kat budak2 tu, aku tak akan ikut ke Besut, aku cuma train diorg kat sini. Urusan kat Besut, aku train lecturer yang main ragbi tu utk handle...
Alhamdulillah, setakat pukul 5 tadi, team laki dah menang semua game kumpulan dan dah layak ke semi final. Team pempuan kalah first game, kalah rubber set dgn deuce point. Diorg menang game kedua dan skrg ni tgh tunggu game ketiga. Menang game ketiga, diorg ke suku akhir..
Aku memang letak harapan tinggi utk team ni. Aku mintak both team layak ke final dan menang tourney ni... Aku tau diorg boleh menang kalau diorang nak... Tapi hati dup dap dup dap tunggu report setiap kali diorg main....
Apapun, besok pagi2, aku akan konvoi dgn kawan2 XSAS 8690 dari Kuantan, Temerloh dan Jerantut ke Bukit Cherakah, Shah Alam utk gathering. Gonna meet old buddies dari zaman sekolah dulu. Dgr kata ramai jugak yg dah konfem dtg walaupun tak seramai gathering tahun lepas.
Dah banyak bulan Aivy dan komitee dia plan utk program ini... harap sgt tak de aral yang melintang..