Ramai benor keta atas jalan kat bandar Kuantan hari ni. Lagi ramai daripada hari2 Jumaat yang biasa. Orang dah start cuti CNY dah kut. Campur hujan lebat sekejap2... PARAH!!!
Aku MC last Friday, hari ni cuti, minggu depan baru start kerja balik. Ngalahkan kawan2 Cina nak beraya cuti aku.. hehehe.. Namanya je la cuti, tadi pun dah masuk opis. Duk kat rumah pun tgh siapkan paperwork and report bagai. Lepas cuti nanti nak hantar. Dah hantar nanti nak kena edit tujuh lapan kali lagi mcm selalu. Nak wat mcmana.. kalau dah kuli mcm ni la buat kerja. Dapat pulak bos yg... apa apa je la..
For the last few months ni, aku jampack dgn kerja. Dan kerja aku byk sangkut kat paperwork, padahal dulu2 tu, bahagian paperwork ni la yg aku paling terer, sampaikan Region Manager aku buat copy hantar ke cawangan2 lain utk dijadikan contoh.. (hehehe.. gila bongkak aku time tu..). Ntah la.. Tak paham jugak aku apa lagi yg dia nak.. Manusia ni mcm2, kan?
Aku ingat, hidup 37 tahun atas dunia, jumpa mcm2 orang, dah boleh face semua benda, rupanya ada lagi jenis manusia yang aku tak pernah jumpa. Ingatkan dah kerja dgn mcm2 jenis bos, ada dah cukup pengalaman, rupanya ada lagi jenis bos yg aku tak leh nak masuk..
But then, at the end of the day, it's back to basic. Kalau dah semua org ada masalah ngan org yg sama, konfem la org tu ada masalah ngan Tuhan... Busuk hati, dengki, iri hati, tak kan ke mana juga. Allah tu Maha Kuasa. Aku serah bulat2 kat Dia. Kut la dia lupa, tak semua benda Tuhan bayar kat akhirat, ada benda2 Allah bayar CASH!!!
Ciow.