Singgoh Le Dulu Aok Yer

Sunday, June 21, 2009

Result Mid Term Kakak

Result peksa Kakak untuk exam pertengahan tahun dah pun kuar. Alhamdulillah, Kakak dapat balik ke nombor satu. Lega sungguh rasa di hati. Awal tahun hari tu Kakak dapat nombor 3, jatuh dari final tahun lepas. Masa tu aku kata kat Kakak, kalau next exam dia tak dapat nombor satu, dia kena berenti jadi prefect. Kenapa? Sebab Ayah nak Kakak concentrate dengan pelajaran Kakak. Kalau OK nanti, baru boleh jadi prefect balik.


Aku pun tak tau betul ke salah apa yang aku pikir tu. Apapun, Kakak dah kembali ke tempat yang sepatutnya, dan aku rasa cukup gembira. Untuk sekolah agama, pun dah kembali ke nombor dua, mcm final tahun lepas. Nampak gayanya, aku kena cari cara baru dan usaha lebih sikit supaya dia boleh score tempat pertama utk dua-dua sekolah. Dan selepas tu, aku kena terus usaha lebih kuat so they will stay that way.

Thanx Kakak....