Singgoh Le Dulu Aok Yer

Monday, January 31, 2011

JAMMED PACKED!!!

Ramai benor keta atas jalan kat bandar Kuantan hari ni. Lagi ramai daripada hari2 Jumaat yang biasa. Orang dah start cuti CNY dah kut. Campur hujan lebat sekejap2... PARAH!!!

Aku MC last Friday, hari ni cuti, minggu depan baru start kerja balik. Ngalahkan kawan2 Cina nak beraya cuti aku.. hehehe.. Namanya je la cuti, tadi pun dah masuk opis. Duk kat rumah pun tgh siapkan paperwork and report bagai. Lepas cuti nanti nak hantar. Dah hantar nanti nak kena edit tujuh lapan kali lagi mcm selalu. Nak wat mcmana.. kalau dah kuli mcm ni la buat kerja. Dapat pulak bos yg... apa apa je la..

For the last few months ni, aku jampack dgn kerja. Dan kerja aku byk sangkut kat paperwork, padahal dulu2 tu, bahagian paperwork ni la yg aku paling terer, sampaikan Region Manager aku buat copy hantar ke cawangan2 lain utk dijadikan contoh.. (hehehe.. gila bongkak aku time tu..). Ntah la.. Tak paham jugak aku apa lagi yg dia nak.. Manusia ni mcm2, kan?

Aku ingat, hidup 37 tahun atas dunia, jumpa mcm2 orang, dah boleh face semua benda, rupanya ada lagi jenis manusia yang aku tak pernah jumpa. Ingatkan dah kerja dgn mcm2 jenis bos, ada dah cukup pengalaman, rupanya ada lagi jenis bos yg aku tak leh nak masuk..

But then, at the end of the day, it's back to basic. Kalau dah semua org ada masalah ngan org yg sama, konfem la org tu ada masalah ngan Tuhan... Busuk hati, dengki, iri hati, tak kan ke mana juga. Allah tu Maha Kuasa. Aku serah bulat2 kat Dia. Kut la dia lupa, tak semua benda Tuhan bayar kat akhirat, ada benda2 Allah bayar CASH!!!

Ciow.

Wednesday, January 12, 2011

BAU ITU...



Aku organise Bengkel Usahawan Muda started 5 Januari 2011 sampai last Monday. 5 hari punya program. Pagi sampai malam. Giler penat.

Hari ketiga, Jumaat, hujan amat lebat. Masa dlm bengkel tu, tiba2 aku tercium bau itu... bau arwah ayah.. Sangat kuat, sama kuat dengan bau dlm bilik dia masa dia mula2 meninggal dulu. Aku cium tangan aku, baju aku, sweater aku, lengan aku, buku nota aku... cuba mencari punca bau itu. None of them. Sampai kan anak2 buah aku jadi pelik dan sibuk duk gelak tgk aku..

Mana aku pergi, bau tu sentiasa ada. It's all over the place, it's in the air..

Aku cerita kat sorg kawan. Kata dia, may be he's around giving me a visit. Or may be, I miss him... ya.. think he's right, I just miss him..


Al FAtihah utk Arwah Ayah...

Saturday, October 23, 2010

SELF REMINDER

I've gotta remind myself in these coming weeks, an advise I used to give many friends... 'JANGAN BINA BAHAGIA ATAS DERITA ORANG LAIN..'

But then, what if kalau this case involves the 'LEBIH BAIK SATU HATI DERITA DARIPADA DUA JIWA MERANA?'s situation.....

mm.... baru 7 jam, aku dah rindu kat anak-anak aku....

Wednesday, October 20, 2010

DARI RAMADHAN KE PUNCAK JAYA

Dah berbulan tak menulis kat blog ni. Bukan takat nak menulis, menjengah pun tak sempat. Nak menulis pun sampai rasa mcm dah tak reti menulis lagi. Sungguh la banyak perkara yang berlaku dalam hidup sepanjang beberapa bulan sejak kembali ke Kuantan, tapi tak tau mcmana nak describe semua tu. Kembali ke Kuantan, organise family day utk kawan2 sekolah, join new company, arwah ayah pulang ke rahmatullah, organise berbagai event (as part of my job), attend berbagai jenis meeting, jumpa berbagai jenis orang, sambut puasa tanpa arwah ayah dan mek, sambut raya tanpa mereka berdua....

TAk sampai sebulan kerja aku dah start 'menjerit' (setelah bertahun lamanya aku tak 'menjerit'.. hilang cool aku...), Alhamdulillah keadaan dah OK, kerja pun okey walaupun 'beban dari atas' tu kadang2 boleh buat jiwa menggelegak...

Since habis raya, tersangat2 busy, dgn delegasi MB ke Jordan, dgn persiapan Puncak Jaya Fasa II (sempat jumpa ngan Chah di UKM masa buat persiapan program, thanks Chah atas semua bantuan dan masa ). Alhamdulillah, semua dah selesai. Weekend baru ni aku di Lembah Kelang, Puncak Alam dan Puncak Perdana to be exact, utk program Puncak Jaya, 3 hari dari pagi ke pagi... so tiring.. and I missed my annual EXSAS Bowling Tourney. Target tahun ni dpt cempien, tak sampai la hajat di hati. LAgi sedih sbb tak dpt jumpa kawan2.

HAri ni baru la bukak blog ni. Byk yg aku miss dari blog kawan2 lain. Sorry guys, tak sempat nak menjengah. Gym pun tak sempat lagi nak pergi. Sure badan rasa berat dan sakit2 bila masuk gym semula nanti.

Life, had been hectic for the last two months, especially October ni. Dlm sibuk dalam kalut, sempat jugak habiskan all the 7 Harry Potter's books. Just waiting for the new movie to be released in November. Other than that, semua rutin berjalan mcm biasa. My x pun dah makin kerap dtg menjenguk anak2, and aku dah start bagi dia bawak anak2 keluar dan bermalam. Doakan la dia boleh jadi ibu yg lebih baik...

Minggu ni nak lay back a little bit, before I start preparing for our next programme, Seminar Usahawan Muda. Byk kerja jugak nak setelkan tu. At the mean time, nak kena prepare program2 utk next year dah... hmmm.. alah bisa tegal biasa.

Tuesday, August 10, 2010

AHLAN YA RAMADHAN...

Since so many years before this, bila 1 RAmadhan menjelang, aku akan ambik cuti utk balik kampung. Ever since my university days. Walau pun SANGAT jauh dan pengangkutan awam masa tu tak semudah dan seefisien skrg, aku akan usahakan jugak utk balik kampung. Ponteng kelas pun sanggup. All that, just to celebrate 1st day puasa bersama keluarga, dengan Mek, dengan Ayah dan adik beradik lain. Kami akan bersahur bersama, dan berbuka bersama.

Since I got my first gastric attack back in 2001, a few months after I got married, cuti on the 1st day of Ramadhan had became compulsary. Sebab, selalunya (walaupun bukan semestinya...) aku akan menderita kesakitan pada hari pertama tu. So, I will make sure aku tak kerja and make sure aku boleh habiskan hari pertama puasa. InsyaALlah, if I do survive the first day, I will make it the whole month.

Tonite, InsyaAllah, kita akan mula tarawih, dan dinihari nanti akan mula bersahur. Petang esok, berbuka. Cuma... semuanya dah berbeza. Aku dah tak perlu balik kampung sebab aku mmg dah duduk kat kampung dah. Adik2 beradik yg lain akan balik rumah ni pulak. Utk mlm ni, dan esok.. Teh will be here, InsyaAllah. Abg Din, harapnya sudi la berbuka bersama esok. Kak Ani di JB dan Ayah Su di Melaka.. belum ada khabar berita nak balik ke tak...

But the biggest different this year around, aku akan mula berpuasa tanpa Arwah Mek dan Arwah Ayah bersama aku lagi. Dah tak de dah masakan2 feveret aku hasil air tgn Mek dan Ayah. Dah tak dapat tatap wajah mereka berdua sewaktu umat Islam bergembira tatkala berbuka puasa. Semuanya... cuma tinggal memori...

YA Allah, besarnya cubaan yang kau berikan utk aku hadapi... Kau tabahkanlah hatiku menghadapi semua ini, dan teguhkanlah aku dijalanMu, ya Allah. Dan janganlah engkau palingkan aku selepas Kau berikan aku hidayat dan petunjukMu..

YA Allah, aku sedekahku puasa ku tahun ini, solatku, dan semua amalan baikku untuk Arwah Ibu dan Bapaku. Engkau ampunkanlah dosa2 mereka, Engkau lapangkanlah kubur mereka, engkau jauhkanlah segala siksaan kubur mereka, Engkau permudahkanlah hisab mereka, dan Engkau tempatkanlah mereka di Syurga bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

Amin.