Singgoh Le Dulu Aok Yer

Tuesday, August 10, 2010

AHLAN YA RAMADHAN...

Since so many years before this, bila 1 RAmadhan menjelang, aku akan ambik cuti utk balik kampung. Ever since my university days. Walau pun SANGAT jauh dan pengangkutan awam masa tu tak semudah dan seefisien skrg, aku akan usahakan jugak utk balik kampung. Ponteng kelas pun sanggup. All that, just to celebrate 1st day puasa bersama keluarga, dengan Mek, dengan Ayah dan adik beradik lain. Kami akan bersahur bersama, dan berbuka bersama.

Since I got my first gastric attack back in 2001, a few months after I got married, cuti on the 1st day of Ramadhan had became compulsary. Sebab, selalunya (walaupun bukan semestinya...) aku akan menderita kesakitan pada hari pertama tu. So, I will make sure aku tak kerja and make sure aku boleh habiskan hari pertama puasa. InsyaALlah, if I do survive the first day, I will make it the whole month.

Tonite, InsyaAllah, kita akan mula tarawih, dan dinihari nanti akan mula bersahur. Petang esok, berbuka. Cuma... semuanya dah berbeza. Aku dah tak perlu balik kampung sebab aku mmg dah duduk kat kampung dah. Adik2 beradik yg lain akan balik rumah ni pulak. Utk mlm ni, dan esok.. Teh will be here, InsyaAllah. Abg Din, harapnya sudi la berbuka bersama esok. Kak Ani di JB dan Ayah Su di Melaka.. belum ada khabar berita nak balik ke tak...

But the biggest different this year around, aku akan mula berpuasa tanpa Arwah Mek dan Arwah Ayah bersama aku lagi. Dah tak de dah masakan2 feveret aku hasil air tgn Mek dan Ayah. Dah tak dapat tatap wajah mereka berdua sewaktu umat Islam bergembira tatkala berbuka puasa. Semuanya... cuma tinggal memori...

YA Allah, besarnya cubaan yang kau berikan utk aku hadapi... Kau tabahkanlah hatiku menghadapi semua ini, dan teguhkanlah aku dijalanMu, ya Allah. Dan janganlah engkau palingkan aku selepas Kau berikan aku hidayat dan petunjukMu..

YA Allah, aku sedekahku puasa ku tahun ini, solatku, dan semua amalan baikku untuk Arwah Ibu dan Bapaku. Engkau ampunkanlah dosa2 mereka, Engkau lapangkanlah kubur mereka, engkau jauhkanlah segala siksaan kubur mereka, Engkau permudahkanlah hisab mereka, dan Engkau tempatkanlah mereka di Syurga bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

Amin.

Saturday, July 24, 2010

BERSAWANG

Lama gak tak update blog ni. Dah naik sawang dah jadinya. Cuma dua entry after my dad passed away last month. Tak yah la bagi reason kut...

So, some updates on the kids. Result peksa penggal lepas dah kuar, Kakak dapt nombor 3, 7A 1B. B utk Pendidikan Seni. Tak leh nak cakap apa sbb ibu ayah dia pun mmg buta seni. Adik dapat nombor 7, 7A 1B jugak. B for English. Dapat B sebab dia tak jawab satu page. So, boleh la dimaafkan dengan peringatan utk exam2 akan datang. Last week, Adik tukar kelas, naik kelas pertama (sebelum ni dia kat kelas kedua). Alhamdulillah.

Buku report Kakak aku ambik sendiri dari Cikgu dia kat sekolah. Adik punya, tak sempat aku sampai, neighbour aku dah tolong ambikkan sbb Adik kata, "Ingatkan Ayah tak datang. Adik lupa nak cakap kat Ayah semalam. Pas tu Adik telepon Ayah tak dapat..."
Pandai plak tu, bagi buku repot tu kat aku masa pakcik2 makcik2 dia ada kat rumah. Kalau aku tak puas hati, boleh la pakcik2 makcik2 dia tolong cover. Dia takut aku tuntut janji, sbb dia janji nak dapat nombor 3 masa mintak izin nak bermalam rumah ibu dia seminggu sebelum exam ari tu. hahahaha...
Apapun, aku still puas hati dgn result diorg, tapi both of them still kena usaha utk dapat tempat pertama peksa2 lepas ni. Moga Allah terus beri mereka kekuatan. Amin.

Thursday, July 1, 2010

SEBAB DAN MUSABAB


Ramai yang tanya aku, macamana Ayah aku meninggal. Macamana peristiwa berlaku. Macamana dia lemas. Macam2 soklan.

To be frank, I don't have all the answer. When I left home that morning, he was still there, safe and sound. Still ngan kain pelikat dan kemeja lengan pendek warna hitam. Baru lepas mengaji. Tak de beza dari hari2 sebelumnya. Cuma pagi tu, dia terlambat bangun dan miss jemaah Subuh di surau. So dia semayang Subuh sorg2 kat rumah. Tak de la pelik pun. Then dia bagitau, dia nak pergi carik kepah dgn Pakcik Ali. Pun bukan benda pelik, sbb sebelum2 ni pun, dia mmg pergi carik kepah dgn Pakcik Ali.

12.45 Teh Man call aku, tanya "Macamana dah cerita?" "Cerita apa?" "Teh kata Ayah hilang kat pantai Balok.." and from that moment, it was soo.... ntah la, aku pun tak tau perkataan apa aku nak pakai. Aku call sana sini, abang aku, adik aku, abg yie, abg aku, adik aku, abg yie... Kalau kereta aku boleh bercakap, sure dia marah aku sebab duk terpusing2 sana sini...

Dlm pukul 2 lebih, jenazah sampai kat HTAA. Luluh hati aku tgk Ayah sampai dlm palstik mayat hitam dlm jeep polis. Aku tak pernah terlintas, terpikir, tergambar betapa manusia semulia ini berakhir hayatnya begini. Aku sangka aku dah cukup kuat, aku ingat aku dah tak kan menangis lagi walau apa pun cubaan yg datang... Tapi, sebaik Abg Yie bukak plastik utk tgk muka Ayah, aku terduduk. Lemah seluruh tubuh aku. Aku tak mampu nak berdiri... Menangis semahunya.

Diluar bilik mayat, org nampak aku setenang-tenang manusia, tapi org tak tau betapa kuat jiwa aku meruntun mahukan Ayah aku hidup semula. Betapa hati sakit utk lpaskan Ayah pergi. Belum cukup aku berbakti padanya, belum sempat aku nak beri kesenangan pada dia, belum...

Selepas Surah Fatihah, aku teringat apa yg aku selalu cakap pada org. Ajal maut hak Allah. Bagaimana cara dia pergi, hanyalah sebab dan musabab yg Allah ciptakan utk hidangan akal manusia yg terbatas. Perkara utamanya, ajalnya telah tiba, dan seluruh rezekinya dah tak ada lagi di atas dunia...

Dengan ingatan itu, aku redhakan pemergian Ayah, walaupun aku menangis lagi selepas aku kecup wajahnya buat kali terakhir. Dan aku masih menangis, di saat aku tuliskan cerita ini..

p/s : Terima kasih utk semua keluarga, sahabat, rakan dan taulan atas ingatan, ucapan, doa, kunjungan dan juga sumbangan. Semoga Allah jua yang membalas kebaikan anda semua dengan kebaikan yg berlipat kali ganda...

Sunday, June 13, 2010

SELAMAT TINGGAL MELAKA


Sorry, lama sgt tak update. Been busy 4 the last 3 weeks. Updates, aku dah resign kerja aku di Melaka. Dalam sejarah hidup aku, rasanya tu la kerja aku yg paling singkat. Kurang 2 hari nak cukup sebulan. Masuk 3/5, resign 31/5. Dapat better offer di Kuantan. Apalagi, balik kampung la...

My new employer wants me to start 1/6. Tapi aku mintak masuk lebih lambat, 15/6. Sbb aku nak settlekan aku punya gathering dulu. EXSAS 86-90 - 20th Anniversary & Family Day on 5 & 6 of Jun. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, ada jugak hickup masa event di SEMSAS, tapi Alhamdulillah, kawan2 punya toleransi yg amat tinggi.

Overall, everything goes as plan. Kawan2 puas hati, byk pujian utk organiser. Semua org happy, sampai hari ni pun still duk gelak ketawa kat fb. Syukurlah... ada masa nanti cerita pasa l gathering tu.. Sempat gak jumpa Dato' Azhar yg dtg menjengah Cikgu Norol masa kat Mercu hari tu...

Habis gathering, sibuk ngan kerja post gathering, pergi sekolah, settle itu ini. Pas tu sibuk lak ngan kerja cat jalan utk Tahap. Tahap punya tax pun blm settle lagi. Keta rosak, byk gak habisnya. Mcm2 la. Dalam duk mcm2 hal, sempat jugak naik makan kenduri di KT ...

Well... gonna start my new job this Tuesday. Wish me luck.