Dengan seikhlas hati, saya ucapkan selamat hari raya aidil adha untuk semua.
Sesaper yg sembelih korban, tahniah! Sesaper yang tak dapat, cuba lagi tahun depan. Sesambil tu, tolong2 la yek org sembelih korban.
Selamat.
Singgoh Le Dulu Aok Yer
Wednesday, November 25, 2009
Saturday, November 21, 2009
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009
Dalam merajuk dan kecik hati sebab Kakak tak dapat Nombor 1 exam final di sekolah kebangsaan, aku tetap jugak pergi ke Hari Anugerah Kecemerlangan (zaman aku sekolah dulu dipanggil Hari Penyampaian Hadiah) kat sekolah dia pagi tadi. Bukan jauh pun. Tak sampai seratus meter dari rumah. Jalan kaki jer dalam hujan lebat pagi tadi.
Bajet2 masa utk persembahan dan ucapan2 yg aku malas nak dengar (lagi baik aku jemur baju ke apa ker...), aku sampai tu, sedang-sedang elok, cantik2 jer pengacara panggil nama Kakak utk terima hadiah utk matapelajaran Bahasa Inggeris Tahun 2. Bahasa Inggeris! Hahaha.. Kira OK jugak la sebab Kakak dulu tak der pun masuk tadika swasta ke, Smart Reader ke, Smart English ke, Smart Arabic ke apa segala berbanding ramai kawan dia yg lain.
Tak sempat nak ambik gambar dia terima hadiah. Sempat ambik gambar2 ni je.

Kalau tak silap la, masa aku Darjah Dua dulu, aku dapat No. 1. Bahasa Inggeris mmg tak pernah tak dapat A. Darjah 3 dah start buat pementasan drama dlm Bahasa Inggeris. Nanti tahun depan kita tgk Kakak boleh pecah rekod Ayah dia ke tak. Hehehe.
Anyway, Alhamdulillah, walaupun tak dapat No1, jauh merosot ke No. 7, still ader sedikit 'saguhati' utk Kakak, dan aku sama. Terima kasih Kakak. Lagi sekali Kakak buat Ayah bangga. Dan terharu amat sgt. Kalau la arwah Tok masih ada...
Anyway, sempat juga jumpa dgn Cikgu kelas dia. Just say hi. And jumpa jugak Cikgu Maths dia yg jugak x-classmates aku dr Darjah 1 sampai Darjah 6 di sekolah yg sama dgn sekolah anak aku ni. Sekolah ni dah berusia 100 tahun beb!!
Sempat jugak jumpa Hadi (junior aku di SEMSAS dan UUM) dan wifenya Salmah (classmate aku di sekolah rendah ni, classmate masa kat Matrik dan kawan di UUM). Anak diorg pun dapat hadiah gak. Tak dan nak sembang lama, nak cepat balik nak kena gi ofis.
Sempat jugak jumpa Hadi (junior aku di SEMSAS dan UUM) dan wifenya Salmah (classmate aku di sekolah rendah ni, classmate masa kat Matrik dan kawan di UUM). Anak diorg pun dapat hadiah gak. Tak dan nak sembang lama, nak cepat balik nak kena gi ofis.
p/s : Aku dah tak merajuk dah. Sajer je ugut Kakak hari tu. Hehe.
Thursday, November 19, 2009
TNB PUNYA HAL, KAMI YANG BASAH
Pagi semalam, Beserah tak der air. Dalam hati kecik aku kata, kalau tak di Loji Alor Akar, mesti Empangan Kobat ada masalah. Tak pe la. Nanti sampai ofis aku ctc Sepol tanya apa hal. Sampai ofis, ding dong ding dong, pergi site kat Maran, terus lupa nak tanya Sepol. Sampai rumah tgh malam, still tak der air. Hah!! Ni yg rasa mcm nak bunuh org je ni. Sib baik la air yg takung ptg tadi ada lagi. Baru teringat semula kat Sepol. Dah tgh malam ni, esok je la tanya.
Bangun pagi tadi, dah ada air. Cuma tak laju mcm biasa. Dah OK la kut tu. Sampai ofis, Ina tanya, mcmana nak beli diesel dlm tong. Aku tanya nak buat apa? Utk genset kat Pam Alor Akar. TNB buat hal lagi. Oooo... patut la.
So, terkejar ke sana ke mari la aku ngan Lan dan Nazri. Pergi JBA, pergi Jabatan Perdagangan Dlm Negeri, pergi carik pam, pergi carik dram, pergi carik diesel, pergi tuang diesel. Dan semua tu... dalam hujan!!
Hmmm... best jugak lama2 tak main hujan nih...
Terima kasih kat TNB. Dapat gak alasan utk aku main hujan. Hahahahaha....
Saturday, November 14, 2009
HARI KECEMERLANGAN DAN KHATAM AL-QUR'AN 2009
Hati tengah sebak. Something happenned lepas majlis ni. Tak tau nak tulis apa, tak tau nak tulis macamana.
Anyway, back to the topic. Pictures speak thousands words. Here's some of them, telling you the stories, and how proud I am.
Terima kasih, Kakak.
Terima kasih, Ya Allah kerana menjadikan aku Ayah untuk anak sebaik ini.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.

Backdrop banner

Tempat Pertama Kelas Imam Muslim Dan Murid Cemerlang Tahun 2

Tempat Pertama Kelas Imam Muslim
Murid Cemerlang Tahun 2, 2009
Alifah Nadia Amin, made me a proud single father

Hadiah Untuk Tempat Pertama
Hadiah Untuk Pelajar Cemerlang Tahun 2, 2009
Friday, November 13, 2009
DIALOG MALAM
"Ayah, Kakak kan, tukar tempat dengan Jannah. Kat sekolah agama...."
"Nanti! Nanti! Ni, peksa sekolah kebangsaan, dah dapat result ke belum?"
"Dah!"
"Dapat nombor berapa?"
"....", sambil tunjuk tujuh batang jari dari kedua-dua belah tangannya.
"Nombor 7?"
"....", sambil mengangguk.
"Itu la. HAri tu, Ayah suruh baca buku, Kakak buat muka, siap hentak-hentak kaki..."
"Itu la Ayah. kat sekolah agama Kakak dapat No. 1, Jannah dapat No. 7. Kat sekolah kebangsaan, Kakak dapat No. 7, Jannah dapat No. 1. Tukar tempat..."
"Apa apa la, Kak. Tahun ni Ayah tak gi la Hari Penyampaian Hadiah kat sekolah kebangsaan tu.... Ayah merajuk..."
p/s :
Teringat ayat si Munir Amani (Strada Lunii) - "Expect the unexpected"
Expectation aku tinggi sangat ke?
"Nanti! Nanti! Ni, peksa sekolah kebangsaan, dah dapat result ke belum?"
"Dah!"
"Dapat nombor berapa?"
"....", sambil tunjuk tujuh batang jari dari kedua-dua belah tangannya.
"Nombor 7?"
"....", sambil mengangguk.
"Itu la. HAri tu, Ayah suruh baca buku, Kakak buat muka, siap hentak-hentak kaki..."
"Itu la Ayah. kat sekolah agama Kakak dapat No. 1, Jannah dapat No. 7. Kat sekolah kebangsaan, Kakak dapat No. 7, Jannah dapat No. 1. Tukar tempat..."
"Apa apa la, Kak. Tahun ni Ayah tak gi la Hari Penyampaian Hadiah kat sekolah kebangsaan tu.... Ayah merajuk..."
p/s :
Teringat ayat si Munir Amani (Strada Lunii) - "Expect the unexpected"
Expectation aku tinggi sangat ke?
Subscribe to:
Posts (Atom)

