Singgoh Le Dulu Aok Yer

Thursday, October 29, 2009

Munir Amani & Strada Lunii

Masa zaman kat U dulu, masa tgh aktif dgn askar Ko-K, I was blessed to become a friend to a tall, dark & handsome (+ macho) guy named Munir Amani. Best kan nama dia. Munir Amani. First time nampak dia, aku ingat dia ni student xchange dr negara luar, serius beb, aku tak nampak ciri org Malaysia kat rupa dan fizikal dia. Sekali bila dia sampai dekat, sembang ngan member aku... alamak!! Pekat giler dia punya loghat Kedah. Org Aloq Setaq ghupanya... hehehehe...

As times past by, we became close friend. Dia ada keta Volkswagon, warna merah yg dijadikan maskot kolej kitorg. So, aku jadik 'geng Volkswagon merah belakang bukit'. spesel nama tu, Chot yg kasik. Masa dia tahun 3 (aku kat tahun 2) dia naik pangkat jadik Senior Under Officer (SUO) dlm group askar Ko-K kami, and almost everyone was expecting him to be crowned as Best Cadet of The Year 1995. Apa nak buat, bukan rezeki dia kot. Ada masanya, org menutup mata kepada kerja keras, komitmen dan hasil kerja yg baik semata-mata kerana diampu, dikipas dan di'aircond' dgn hebat oleh org lain yg hanya tau menerer. Well, that of course, is another story..

The best part about this guy is his talent as a musician, namely guitar. Kita bagi dia satu lagu yg dia tak pernah dgr, dia dgr lagu tu sambil pegang gitar. Pas tu tutup lagu tu, dia terus boleh main, ikut not asal. Sebijik. Bila vocalist masuk, on the spot dia boleh tinggikan atau rendahkan those notes ikut pitch vocalist.

Masa tu, kami ada band sendiri, together with Chot (drummer - drummer asal kumpulan Spring), Mail Kering (rythm), Syuk (bassist). Byk gak show masa tu kat dlm U. Pernah dpt jemputan main kat luar, dibayar. Seronok masa tu, paling best masa jamming. Time jamming, sharp pukul 12, mesti main lagu 'Negaraku'. Nama pun asakar Ko-K, patriotik beb. Hehehehe..

Lepas grad, Muniaq keje kat GSC, Pengurus Panggung. Sempat la aku & geng2 umah bujang Subang Jaya gi tgk wayang free dua tiga kali. Lepas tu dia join ngan Alam Flora and was sent to Abu Dhabi sbg Pengurus Projek kat sana. Lepas tu aku lost ctc ngan Mamat ni.

Last Saturday, Sifu aku bukakkan akaun utk aku kat Facebook. Belek2, jumpa Munir Amani. Click Munir Amani. Ada Tab 'My Band'. Click 'My Band'. Ada 'Strada Lunii'.

Kisahnya... rupanya Mamat ni dah buat 2 album dah pun. Dua2 Instrumental. Waaa...

Dalam sibuk2 keje, hari semalam sempat jugak la aku dgr dua tiga lagu. Not bad. Semua dia tulis sendiri, compose sendiri. Dia punya gitar memang best. So clean. So neat. Even bunyi plucking pun tak der. Sounds just like Munir yg aku kenal...

Utk hang Muniaq, aku tabik kat hang!! Tapi hang lagi segak masa ghambut flat top dulu. Ghambut panjang ni nampok pelik sikit la. Hahahahaha... Aku tak biasa tgk hang ghambut panjang kot, no?



For others, hehehehe... ni nak promote sikit nih. Cuba2 la carik Munir Amani & Strada Lunii. Dengar-dengar la ek...

p/s : Syukur Alhamdulillah. Jumpa balik kawan lama aku nih...

Tuesday, October 27, 2009

Blank

Aku ditimpa sindrom.

Sindrom tak der modal nak menulis.

Kawan baik tgh bermasalah.

Kawan baru demam.

Anak tgh peksa.

Kerja tgh menimbun...

Apakah....

Friday, October 23, 2009

Jumpa Cik Tobak

Semalam turun KL ngan Nazri & Zamani. Zamani bwk keta 190kmj sbb nak kejar masa. Ada interview kat Balai Felda, Jalan Gurney. Masa sampai kat sana, hujan tgh lebat giler babas. Parking lak tak de. So aku decide tak nak masuk sekali ngan diorg utk interview tu. Aku drop diorg kat depan gate (sbb guard tak bagi masuk dlm), pas tu pusing, double park tak jauh dr gate tu. Lepak je la dlm keta.
Tgh bosan lepak sorg2, tetiba nampak satu mamat macho giler, tapi jalan bawak payung dlm hujan tu, lalu dekat keta aku. Mcm kenal. Tengok lagi sekali...
Sah!! Encik Tobak. Kawan Satu U. Bukak tingkap.
"Tobak!!"
"Weh!! Apa kau buat kat sini?"
"Nak gi mana?"
"Nak balik"
"Masuk dulu..."
"K gak. Gi minum jom"
"Jomm..."
Lama aku tak jumpa si Tobak. Last tiga tahun lepas masa dia dtg Kuantan, lepak sekali ngan Cik Toncit. Bersembangla aku ngan si Tobak ni kat kedai sesambil pekena teh tarik, cokdang dan cokkodok. Tobak belanja sbb masa tu aku langsung tak der cash dlm poket. Tak sempat nak singgah bank masa otw dr Kuantan.
Cerita apa?
Pasal anak2. Tobak dah ada dua anak, sulung umur 4, bongsu umur 1 tahun
Pasal family. Bab ni aku yg banyak kena soal sbb aku ni "Arbaie Bujang Kembali". Hehehe.
Pasal rumah. Tobak pening sebab rumah yg dibeli kat Nilai sewanya rendah, rumah yg dia sewa kat Shah Alam pulak sewa mahal.
Pasal kerja. Tobak still kat tempat lama, skang tgh sambung baut Master
Pasal kawan2. Baru semalam aku tau rupanya si Obe belum kawin lagi. Awek yg dtg Kuantan ngan dia dulu tu, awek dia, bukan bini dia... huh!! Tertipu aku!!
Pasal futsal tahun ni yg dibatalkan. Futsal apa? Alumni punya futsal. Tobak penganjur utama setiap tahun. Tak der mamat ni, tak jalan futsal...
Pasal hidup dan kehidupan. Bab ni open je, tak yah citer pun tak per. Cuma kesimpulan bab ni ialah, Allah sayang kita semua. Amin.
Sembang sampai la Nazri call, interview settel, jom jalan2 carik pasal ehh!! Carik makan. Perut dah dondang sayang sbb tak sempat lunch. So, hantar Tobak balik ke keta dia. Salam, dgn harapan akan bertemu lagi pada masa akan dtg dlm keadaan lebih baik dari hari ini. InsyaAllah. Amin.
Sampai rumah kul 11.00 mlm. Jln slow2 jer sbb hujan sepanjang jalan. Sampai, tak sempat nak mandi, terus pengsan.
p/s : Tobak, May Allah Bless U. Semoga Rahmat dan BarakahNya sentiasa disamping engkau sepanjang perjalanan hidup. Amin
p/s : Sup gearbox kat AU3... mmm... biasa2 jer, tak menendang mcm kat Jerteh.

Wednesday, October 21, 2009

Kisah Wan Dan Solat Jenazah

Back in 2006, aku byk bermusafir ke Kelantan & Terengganu ngan Wan dan Syeikh Shahnon atas urusan kerja. Satu hari tu, selesai urusan pagi tu, kami singgah Masjid Kuala Krai. Aku intai dekat belakang Masjid tu, nampak tanah perkuburan Islam kat tepi tu. Betul la firasat aku mlm tadi. Firasat yg menyebabkan kami bertiga tak jadi nak bermalam kat masjid tu mlm tadi. Dan sementara nak tunggu Zohor, kami tidur. Ambik sunat, kata Sheikh Shahnon.
Bila makmum Zohor dah ramai, kami bangun. Aku duduk kat tangga masjid, nak ambik nafas sblm wuduk semula. Tetiba Wan datang kat sebelah aku.
"Aku mimpi pelik la.."
"Mimpi apa?"
"Aku mimpi, ada lelaki ni, datang tepi aku, kat tempat aku tidur tadi tu, mintak aku semayang jenazah dia"
"Mimpi je tu..."
"Tapi mcm real la. Kat tempat aku tidur tu la... Sbb tu aku bangun pergi tidur kat tepi kau tadi.."
"Dah la. Gi wudhu'. Dah Zohor dah ni..."
Lepas wudhu, masuk semula dlm masjid, aku nampak satu jenazah diletakkan ditepi ruang semayang. Aku cuit Wan, tunjuk jenazah tu. Muka Wan berubah, tapi dia diam tak kata apa. Sblm solat Zohor tu, Imam buat announcement, mintak jemaah semayang jenazah lepas solat Zohor. Aku tgk muka Wan makin pucat.
Lepas solat Zohor, kami solat jenazah. Selesai solat jenazah, aku tgk Wan tak de dlm saf padahal masa Zohor tadi dia solat kat sebelah aku je. Aku kuar, tgk Wan duduk kat tangga. Aku gi tegur dia.
"Apasal kau tak solat jenazah tadi?"
"Aku takut la..."
"Tak baik cam tu Wan. Arwah tu dtg sendiri kat engkau mintak solatkan jenazah dia. Tak baik hampakan harapan org. Apa lagi kalau org tu dah tak de..."
"Itu yg buat aku takut tu..."
Hhmmm... ntah la. Bila aku ingat balik kejadian tu, aku rasa mcm.... ntah la. Tak reti aku nak describe.

Tuesday, October 20, 2009

Di Sebalik Kematian

Selepas pengkebumian Pakcik Ustaz malam tu, aku, Ayah ngan Abang Din menunggu agak lama utk berjumpa dengan Abang Zi, anak sulung arwah sblm kami shoot balik ke Kuantan. Lepas menunggu agak lama, aku tanya kat Zu, kata dia Abg Zi mungkin lambat sbb arrange orang menunggu kubur. Aku angguk je la time tu.
Masa dlm keta, aku tanya Ayah, tunggu kubur tu apa benda. Ayah kata, ikut adat org kat situ, lepas dikebumikan, akan ada orang duduk mengaji di kubur selama 2 atau 3 malam, mengikut kemampuan atau kehendak keluarga simati. Diorg ni tak akan tinggalkan kubur dalam tempoh tu. Hmm... tak pernah aku dengar sebelum ni.
Pengalaman aku dengan adat pengkebumian di Kelantan ni pelik sikit. Back in 2006, masa singgah utk Zohor kat Masjid Kuala Krai, ada la aku semayangkan jenazah seorang arwah kat situ. Lepas semayang, waris arwah tu membahagikan duit dan makan tengahari kepada makmum.
Masa Arwah Ayah Soh meninggal tahun lepas di Pasir Putih pun, benda yang sama diamalkan. Ada pulak tambahan barang dapur seperti gula, garam etc diagihkan kepada makmum. Di Masjid Tanah Merah baru2 ni pun sama jugak.
Yang aku musykil, setahu aku la, Islam tak benarkan pun keluarga simati memasak atau menyediakan makanan. Itu jadi tanggungjawab jiran dia utk sediakan makanan kepada keluarga simati. Bila keluarga simati nak kena sediakan segala jenis sedekah ni, aku rasa mcm beban besar kat keluarga simati tu. Dah la tgh bersedih dgn kematian ahli keluarga, nak kena pulak sediakan segala macam sedekah.
Sebagai ahli masyarakat, aku rasa mcm bersalah utk terima semua tu. Takut jugak, kalau tersilap makan harta anak yatim ke, susah nak jawab esok.
Kata seorang Ustaz, amalan membaca talkin di kubur pun sebenarnya amalan yang bida'ah, sebab tak pernah diamalkan oleh Rasulullah. Majlis tahlil 3 hari, atau malam ke 40 atau malam ke 100, semua tu pun bida'ah. Inikan pulak tunggu kubur 2 - 3 malam.. Tak bida'ah ke tu?
Pasal bida'ah ni, aku dpt benda ni dr ssorg.
Dalam ibadah dan urusan agama Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah sebaik-baik ikutan dan panduan.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
[al-Ahzab 33:21]
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[Ali Imran 3:31]
Kita dilarang menambah-nambah atau mereka-reka sesuatu yang tak diperkenalkan Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam dalam urusan agama kerana setiap bid'ah yang melibatkan ibadah dan urusan agama adalah terlarang.

Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:

"Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat. "
Dalam satu lagi hadis yang hampir serupa dijelaskan lagi:

"dan setiap kesesatan itu tempatnya kelak di dalam neraka."

من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو ر
"Barangsiapa siapa yang mengamalkan sesuatu perkara yang bukan mengenai perkara kami [i.e. Islam], akan ditolak"
Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:
"Sesungguhnya aku hanyalah manusia, apabila aku memerintahkan kalian sesuatu berkenaan agama kalian maka berpeganglah kalian dengannya dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu daripada pandangan persendirian maka aku hanyalah seorang manusia. "
Dan berkata Ibnu Mas'ud :
"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Dalam setiap urusan agama hendaklah berpandukan sumber Al-Quran dan Hadis yang Sahih. Setiap kali muncul sesuatu yang dirasakan aneh rujuklah dari mana sumbernya kerana musuh-musuh Islam dan Dajjal-Dajjal sentiasa berusaha menyesatkan pemahaman umat Islam. Agama yang dibawa Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah syumul dan tak perlu lagi tokok tambah perkara yang sia-sia dalam urusannya.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi Deen bagimu.
[Al-Maidah 5:3]

Wallahua’lam