Singgoh Le Dulu Aok Yer

Friday, October 2, 2009

Ziarah Kubur Arwah Mek

Lepas semayang raya hari tu, kami adik beradik ziarah kubur arwah Mek. Sampai sana baru aku realise that dah lama sebenarnya aku tak berkunjung ke sana walaupun dekat jer ngan rumah aku. Anyway, ustaz pernah kata, mengingati arwah bukanlah dengan cara berkunjung ke kuburnya. Yang lebih penting, ingatan dan sedekahkan seberapa byk amalan baik dan bacaan Qur'an utk arwah. Banyakkan doa sebab doa anak yang soleh akan sampai terus kepada arwah ibubapanya.
Hmm... doa anak yang soleh. Kalau anak Salleh, memang betul dah aku ni. Kalau anak yang soleh... jauh lagi la nampaknya...


Ayah & arwah Mek share a same birthdate, tahunnya jer yang beza. Ayah muda setahun daripada Mek


Cuma aku n anak2, Kak Ani n anak2, Ayah Su & Cik Su jer. Teh n family dan Abang Din n family raya kat rumah mertua diorg


Cik Su nangis lagi ingatkan arwah

Wednesday, September 30, 2009

Kakak's Surprise Party

Cuti raya satu minggu plus plus. Bila masuk ofis, kerja byk yg menunggu. Pukul 7.15 ptg still kat opis. Tetiba Teh call.
"Kakak buat surprise. Dia gi jemput kawan2 dia dtg birthday party malam ni. Satu apa pun tak der kat umah nak masak"
Huk alaaa... pepandai jer anjur party. Jadi penganjur haram la pulak. Cepat2 aku ngemas, balik. Singgah beli kek, makanan segera lebih kurang. Tak buat tak leh gak, kesian la Kakak, malu la dia kat kawan2 dia.
Sampai rumah tanya Kakak, "Kenapa tak bincang dulu nak buat party. Dah la tu, time bukak puasa baru cakap. Mana sempat nak sedia apa segala?"
Kakak diam jer. Hmmmm... ntah la anak dara aku sorg nih.













Nasib baik la Teh ada, selalu menyelamatkan keadaan.

Monday, September 28, 2009

Kakak Dah 8 Tahun

Hari ni, 28 September 2009, Kakak dah berusia lapan tahun. Hip! Hip! Horeyyy!!! Dah makin besar panjang dan montel dah anak dara aku yg sorang ni.

Since semalam hari Ahad, cuti, Teh Man kata dia nak sponsor KFC, makan ramai2 kat rumah. Boleh la. Tak der buat majlis sambutan macam last year siap kek segala. Simple-simple jer. Panggil Abang Yie anak beranak jer.

Nak buat majlis pun, pikir jugak, baru jer buat majlis hari raya. Ala.... susah susah ajer... hahaha...

Yang penting, ingatan. Dan sedikit sambutan. Apa yang penting... Kerjasama... Wonder Pet la pulak. Hahaha..





Sunday, September 27, 2009

Majlis Buka Puasa Tahap Engineering


Posting ni patutnya dah dua tiga minggu lepas aku dah buat, tapi duk nunggu kamera sampai kat tangan aku... tertangguh la sampai lepas raya. Cerita dah basi sikit la, tapi... layan... zassss


Majlis Berbuka Puasa anjuran company aku (bukan aku punya company, company tpt aku kerja...) diadakan pada 090909. Tarikh cantik punya. Tempat, sama mcm tahun lepas dan tahun sebelumnya. Megaview. Aku rasa si Ina ni mesti ada scandal ngan staff Megaview, sbb tu dah 3 tahun buat kat situ.
So, majlis mcm biasa utk raikan staff, rakan2 perniagaan, keluarga terdekat etc. Antara yg hadir, staff JKR Pahang, JKR Elektrik Pahang, JBA Pahang, POLISAS, Maybank Business Centre, Lembaga Pelabuhan Kuantan dan wakil bbrp syarikat bersekutu, Eletrik Generasi Baru, Botok Enterprise, ZHY dan bbrp company lagi yg aku tak ingat nama tapi aku kenal tuannya.
Turut sama tahun ni seramai 30 pelajar tingkatan lima, SMK Mat Kilau, anak murid binik bos aku. Panjang sgt ke. Anak murid Cikgu Shaniza. Diorang ni merupakan student Form 1 pertama SMK Mat Kilau since dibuka lima tahun lepas. Skrg ni dah Form 5. So, Cikgu Shaniza pun nak raikan sama la dlm majlis tu. Tahun ni paling besarpernah dianjurkan dengan jumlah tetamu seramai lebih 120 org. Yg aku sempat kira la tu, yg tak sempat tu kira halal je la.

Family bos aku...


Aku kenal group ni, tapi tak ingat diorg ni dr mana...


Bos duk layan cikgu dan student SMK Mat Kilau


Sbhgn student SMK Mat Kilau


Wakil Maybank, En. Azilas dan sbhgn kawan2 dari associates companies


Zamani & Ina bersama kawan2 dari JKR Elektrik Pahang








Kawan2 dari Polisas




Abg Yie (ZHY Trading) bersama Kakak, Adik dan sbhgn staff serta student praktikal Tahap Engineering



Kawan2 dari Citra Cita dan Botok Ent.

Thursday, September 17, 2009

Dilema Nak Beraya

Aku tgh pening ni. Mcmana ekk raya pertama tahun ni. Mcm sorang2 jer kat rumah masa raya pertama tu.

Cadangan asal tu nak balik raya kat Kelantan, ziarah adik beradik Ayah. Kalau tak der aral, raya pertama tu still kat Beserah. Petang raya pertama atau malam raya kedua nak shoot gi Kelantan. Konvoi adik beradik.

Masalahnya sekarang, Ayah kata, hari ni dia dah balik ke Kelantan. Sebab dia nak hantar org gi Kuala Terengganu, so, dia terus je la ke Kelantan. Jadinya, raya ni, rumah aku tak der orang tua la pulak.

Pas tu pulak, Teh raya kat Kuala Terengganu, rumah mertua dia. Abang Din pun pagi raya kat rumah mertua. Kak Ani, dgr ceritanya, pun ke rumah mertua kat Jengka 3. Yang tinggal pagi raya tu, cuma aku dan anak2, Ayah Su ngan Cik Su.

Rasa mcm weird je la nak raya....