Singgoh Le Dulu Aok Yer

Thursday, September 10, 2009

Sessi Ngetest Baju Raya

Tgh duk belek gambo2 kat hp tadi, jumpa gambor ni. Mcmana la aku boleh lupa. Baru jer weekend baru ni ambik gambo nih. Teruk tul daya ingatan aku nih.... short term memory lost disease...


Comel tak Najwa ngan baju raya tahun ni?



Sekali tgk terus nampak iras arwah Mek kat muka dia...

Dengan Kakak n Abang Ngah.

Adusss..

Salam. Aku tgh gastrik. Since semalam.

Aku tgh dhirrea. Since semalam.

Kepala otak aku tgh jam. Since lebih dari semalam.

"Gila aku Piah, gila aku..."

Aku still puasa. Since lebih dari semalam jugak


Bilik ku yang dah lama tak sempat nak kemas






Ni la cahaya yg korang boleh nampak kalau korang baring kat tepi kusi kuning aku..

Ni pulak korang boleh nampak kalau korang gi jalan2 kat Kuantan Parade, depan ofis aku..

Saturday, September 5, 2009

Insomnia ku kembali

Dah seminggu, since balik dari Ipoh, aku demam. Lengkap dengan selsema dan batuk. Lagi best dia pakej sekali ngan insomnia yang dah bertahun tak melawat aku ni. Sampai ari ni tak kebah lagi.

Yg pelik tu, demam tu datang belah malam jer. Siang OK. Aku blh kerja mcm biasa, puasa mcm biasa, semua mcm biasa. Bila dah masuk pukul 6 ptg, badan dah start rasa sejuk, aircond dah start rasa mcm freezer. Time balik dr ofis tak leh nak bukak aircond keta, batuk la jawabnya. Hidung terus jer tersumbat walaupun dlm tu kering tak der hingus. Nafas dah jadi pendek, tercungap2 mcm Usain Bolt baru lepas buat World Record 100m.

Time bukak puasa pun dah tak best. Sebab deria bau dah tak der. Tak leh nak ambik bau makanan mcm P. Ramlee ni sebenarnya satu kerugian nikmat dunia. So, selera jadi kurang la sket. Cuma lepas buka, aku follow terus ngan Panadol (3 bijik sekali telan engkau..) dan Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak.

Time mandi lepas buka puasa paling siksa, sejuk dia rasa mcm sampai ke tulang hitam. Menggigil. Selalu aku mandi sampai 15 - 30 minit, skang ni mandi tak sampai 10 minit. Nak sabun pun tak berapa nak lalu.
Lepas solat Maghrib, baring je la kat kusi panjang. Nak ngaji pun dah tak leh, nafas tak cukup. Aku dah try ngaji hari Rabu ari tu, huh!! Dengan sakit kepala, dengan nafas tercungap, fail. Nak habihkan satu 'Ain pun siksa. Badan rasa mcm kain buruk jer.
Terawih, minggu ni baru sekali jer aku gi. Habis gagah dah tu. Tak larat nak solat byk2, sakit kepala bila sujud. Nak berjalan pun rasa mcm terhuyung hayang jer. Kalau buat test, mesti polis kata aku under pengaruh alkohol.
Tapi yang aku paling tak leh tahan, walau flat mcmanapun aku, aku tak leh tido. Tergolek la 4 -5 jam kat atas katil sekalipun, otak aku still tak leh nak shut off. Ini la bender paling tensen dalam hidup, lagi tensen dari dgr suara anak2 bergaduh. Last sekali, lepas sahur, terlelap la aku kat kusi panjang. Tghari kang baru bangun.
Mula la terkial nak jemur baju la, nak kemas rumah la, nak gi ofis lagi. Minggu ni tak der satu hari pun aku datang sblm pukul 11.30. Giler kau, kalau ngan org lain, dah lama aku kena buang kerja. Giler malu aku mengadap bos aku!!
Hari semalam, aku nekad, tak nak tidur langsung, dgn harapan, boleh la betulkan balik bodyclock aku. So aku berjaga, even lepas sahur pun aku tak baring. Hampeh, terlelap jugak dua jam sambil duduk. MAsuk ofis dgn mata suku bukak jer. Tapi kan, menjelang pukul 10.30 badan jadik segar, kerja laju mcm biasa. Ptg dah jadi balik mcm biasa, sejuk.
Mlm... ingat kan boleh la tidur awal... sampai pagi jugak. Tidur lepas sahur, sudahnya, pukul 11.00 baru bangun. Pukul 1 baru masuk ofis, ada lagi kerja yg nak aku setel.
Pernah kena insomnia? Kalau tak pernah, tentu kau tak paham masalah aku!!

Thursday, September 3, 2009

Jalan Pulang Penuh Liku

Aku suka Ipoh. Pemandangan dia. Keliling dia gunung ganang, bukit batu kapur... cantik. Tapi selalu tak der kesempatan nak ambik gambar sebab kena bwk keta, kadang2 bawak lori. Nak harap Teh Man, makan buah langsat la jawabnya. Hahahaha...

Isnin, around 11.30 am, shoot keluar dari rumah Teh Man. Kesian dia, tak leh nak main ngan anak bini dia lama2. Terus masuk highway. Sempat ambik dua tiga keping gambar, tapi result ntah kehapahapa. Ambik gambar sambil drive, what do you expect.
Kelabu taik anjing je gambar tulisan Ipoh ni lepas aku besarkan

Gunung ganang bukit bukau dan lembah, saujana mata memandang

Puncak gunung dilitupi awan. Mesti best duk kat atas tu...

Bye bye Ipoh. C U again. Photo taken by Kakak

Belum sampai Tapah, jalan dah start jam. Nak sapu ngan roti pun, roti tak bwk. Ada pulak yg tak puasa tu karang...

Keta merah depan tu potong q ikut sblh kiri. Aku stop sbb nak ambik gambar..

Jam sbb dua perkara. Pertama sebab byk keta menuju balik ke Kl slps bercuti selama 3 hari. Kedua, biasa la, ramai driver Malaysia ni perasan dia bwk laju, potong satu keta pas tu stay duk sebelah kanan tak ingat org belakang. Tensen jugak rasanya kalau duk lane kanan kena bwk 50-60 km/j. Tapi.... sabar je la. Org lain boleh sabar, takkan aku tak leh. Bulan2 puasa ni org yg sabar besar ganjaran dia.

Lagi sekor potong belah kiri. Tak der sivik betul...

Stop kat Tapah, toilet, solat dan beli buah jambu ngan kuah rojak dia. Special dr Tapah. Pukul 2.30 dari Tapah, pelan pelan kayuh since keta dah makin byk. Keluar kat Tg. Malim, terus ke Batang kali. 3 km sblm sampai Batang kali, jam lagi. Bumper to bumper. Letih pakcik nak layan.


Masuk simpang Batang kali, jalan dah smooth sampai Kuantan. Tapi tgk keta byk kat sebelah yg menghala ke KL. Ingat nak singgah Genting, tapi tgk jam dah lewat. Budak2 pun tgh syok tidur. Straight je la. Lain kali la pulak singgah bwk budak2 gi Genting.


Sampai Kuantan dah dekat pukul 7. Tujuh jam stgh. Lewat 3 jam dari masa ke Ipoh. Anyway, sampai rumah, Kak Zan dah siap masak, gulai ikan talapia, best.. Abg Yie bwk mi goreng. Pun best... Tak yah penat2 nak masak.


Ipoh, lain kali kita gi lagi. Nak bwk budak2 gi jalan kat Lost World of Tambun. Bukan takat Teh Man, Sawai pun suggest aku bwk budak2 gi sana. Ntah apa la yg ada kat situ...

Lawak Relax2 Bulan Pose, dr Abe We

"Lewat 4 bulan"
Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata "Ini rumah En. Mahpus ker?"
"Iya, saya ni isterinya. Ada apa encik?"
Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut."APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, "Nanti saya bincang dengan suami saya"
Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..
Keesokan harinya, selepas si Mahphus ini diberitahu oleh isterinya, diapun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan. Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. Awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! Bisness apa korang buat niii?? Nak kena saman kerr???
Lalu pegawai yg datang ke rumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik. Apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.
"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, kita terpaksa potong encik punya....... ...."
Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye.. ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRR LAAAAAAAA" ???????????? ???????.. ......... ......... .