Singgoh Le Dulu Aok Yer

Saturday, April 16, 2011

PUNCAK JAYA

Ari tu kecoh kejap tiga hari. Aku gerak ke Lipis untuk program Puncak Jaya on 22nd March, the same day we received a visit from Kementerian Pengajian Tinggi. Tidur satu malam di Lipis, then on 23rd tu program berjalan di SMV Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Peserta yg dtg pun lebih dari yang dijangkakan, percentage kehadiran pun jauh lebih tinggi dari tahun2 sebelum ni.


Prof. Madya Sr. Dr. Jasmee Jaafar, Ketua Perunding UiTM
Orang yang mengilhamkan Program Puncak Jaya


Prof. Madya Dr. Hanafiah, Dekan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi,
juga salah seorang perunding dari UiTM



Siti Hajar, IT expert dari SMV SHAS yang banyak membantu kami hari tu,
terima kasih setinggi langit..


Cikgu Hassan Basri dari Pejabat Pelajaran Daerah Lipis,
servis mmg tip top.
Lipis patut bangga ada org mcm Cikgu Hassan ni..


Oleh sebab semua berjalan lancar, program dapat tamat awal, seawal pukul 2.00ptg. Pukul 2.30 aku terus shoot balik ke Kuantan sorang-sorang, sampai rumah around 5.40 ptg, mandi, tukar baju, terus shoot ke Awana Kijal untuk another program dengan Pembangunan Sumber Manusia Bhd. (PSMB aka HRDF) where I met two old friends from my university days, Asruli & Man (aku tak ingat nama penuh Man ni, may be sbb lebih byk guna nama panggilan..). Dah jadik mini gathering la pulak. Siap staf aku kata, kat mana pun u pergi, mesti u jumpa ngan kawan u. Kenapa? Aku kata, mungkin sbb aku friendly, so aku ada ramai kawan kat mana-mana.. hehehe.

Habis program around eleven, shoot balik Kuantan, singgah ambik Kombat. Pukul 12.30 malam gerak dari Kuantan ke Temerloh. Sampai Temerloh pukul 2.00 pagi, masuk bilik (Akmar dah booking bilik utk kitorg siap2), terus pengsan...

Esoknya, jalan semula program Puncak Jaya untuk daerah Temerloh dan Bera di SMK Abu Bakar, Temerloh. Sambutan sangat menggalakkan. Sekali lagi kehadiran di luar jangkaan. Happy sgt bila adik2 tu start mendaftar.

Suddenly.... masalah problem... Masalahnya, internet sgt problem sampaikan program terpaksa dibuat di dua tempat, sessi taklimat di Dewan Besar, pendaftaran online buat kat Dewan Kuliah. Jenuh jugak la nak bukak balik 50 laptop yang dah siap pasang, pindahkan dan pasang semula kat tempat lain. Anyway, we manage to settle everything, at least most of the problem, and we learn new things from the experience. Alhamdulillah.


Cikgu Adnan, orang kuat masa Fasa 1 & 2
turut hadir dan membantu, sbg tanda sokongan..

Tak byk gambar sempat ambik masa program di Temerloh, sbb aku ngan Kombat sama-sama berpeluh tolong technician utk setup all the laptops and connections.

Program habis lebih kurang pukul 3. Had a meeting with Yayasan Pahang, UiTM dan JPNP before balik. Sampai rumah time maghrib. Mandi, solat, pas tu pengsan lagi sekali...

p/s : Wish to thank all yg terlibat, dari IKIP International College, Yayasan Pahang, UiTM, JPNP, PPD Lipis, Bera dan Temerloh, semua pengetua dan cikgu-cikgu yang terlibat, semua fasilitator, semua ahli sekretariat, semua kaunselor, semua petugas, technician, semua peserta yang hadir, semua semua... thanks all. Semoga Allah jua membalas jasa baik kalian dengan kebaikan yg berlipatganda...

Friday, April 8, 2011

3 DOORS OFFICE ROOM

Setelah berkhabar angin, berdesas desus dan bergosip tepi tingkap, akhirnya deparment aku pun pindah la ke ofis baru.. Start dari hari Rabu kitorg dah start pindah barang sikit2, hari ni member dari maintenance tolong punggahkan perabot. Yang belum pindah cuma mesin fotostate dan personal belongings one of my staff. Isnin nanti baru diorang tolong pindahkan...

This new office ni kecik sikit la banding ngan ofis lama. So, personal space utk staff aku dah kurang sikit. Maybe lepas dah siap kemas nanti, space akan jadi lebih besar. Boleh la aku request for perabut besar utk letak all the files yang berlambak tu.

As for me, my room is a bit weird sbb dia ada 3 pintu. Tak pernah lagi aku ada bilik yg ada 3 pintu. Selalunya 1 pintu je. Paling banyak pun 2. 3 pintu ni... ntah. Satu pintu utk ke ruang pejabat where all of my staff sit together, satu pintu connect ke bilik Manager Campus kat sebelah bilik aku and another one terus keluar, sesuai utk aku lari keluar tanpa pengetahuan staff aku. But I've told them kalau aku tetiba hilang, cari aku either kat cafe (right in front of my office), or bilik Manager Campus (sbb bilik dia ada sofa panjang boleh baring and I enjoy talking to him) or kat Kelab Pokok Ceri (bawah pokok ceri kat belakang blok ofis aku, the only place in this campus where we can do fogging.. hisap rokok da...)

Dari dlm bilik ni, sekarang, thru the glass panel, I can see my staff... they look happy, they're laughing, joking at each other, sambil mengemas dan buat kerja, hopefully it won't last... Let's pray.. and hope, this office akan lebih menggembirakan... dan lebih produktif.

Thursday, March 24, 2011

CALL FROM THE PAST


Classmate aku masa 1st year matrix, Dwi Indra (aka Blek or Black..) called me last Monday.

"Ada org nak cakap ngan hang.."
"Sapa?"
"Hang cakap je la... surprise ni..."

"Hello... r u Idi?"
"Maybe.."
"I don't want to talk to u if u're not Idi.."
"what ever..."

She then pass the phone back to Dwi
"Wei!!! Kau ngaku je la..."
"Ye la ye la..."

"Hello... r u or r u not Idi....??"
"Guilty as charged.."
"hahaha... guilty as charged... hahaha... Do u know who I am?"
"No.. don't u?"
"U really don't know who I am?"
"I might know u, I just can't recall ur voice?"
"U can't recall my voice? What do u mean u can't recall my voice? I shouted, screamed and yelled at u everyday, ...... (ayat seterusnya aku tak sempat nak tangkap sbb sgt laju... but she said something about debate..)"
"Cik Sham? Puan Shamsiahayati?"
"Ya...."
"OMG! OMG! ..."

Rasa mcm tak percaya... after a little bla bla bla, dada aku terus rasa sebak bila dia sebut nama classmate aku sorang2. Aku, Kamal, Dwi, Shelly, Juju, Kak Long... and the others... Wow!! Rasa mcm nak menitik air mata.. Dia still ingat kami semua. Almost each n everyone of us... Dia still ingat kami usik dia dgn katak, sampai dia takut nak bukak her birthday present sbb takut kami letak katak dlm kotak hadiah tu...and she still have the stones we gave her on her birthday back in 1992. Dia kata dia ingat sgt2 kat kelas kami sbb kami nakal. Nakal yg menyenangkan. Dia ingat kami semua, walaupun dah lost ctc ngan kami selama 19 tahun...

She nervously opening our present box... takut ada katak kat dlm tu.. hahaha. Oh ya.. the guy in the blue shirt.. that's me..

We called her shirt as 'baju spiderwomen'.. Kurusnya aku time ni..

Dia.. our English and class teacher masa kami first year matrik. Dia jugak Pengetua Kolej Telekom during our Mariculation years. Garang tapi baik hati. Kami semua takut kat dia, tapi dlm masa yg sama, kami semua suka kat dia. Dia mcm Kapt Fadhilah Salleh, ganas, garang, tapi sgt baik hati dan sangat disenangi.

Dia garang, tapi after just a little while, garang dia hilang bila dgn kami. She always laughed, smiled bila dgn kami. Maybe sbb kami semua ni nakal yang menyenangkan, mungkin jugak sbb kami semua ni cute and adorable, or may be jugak sbb kami semua ni mmg dilahirkan utk menggembirakan hati dia... hehe.

Kami dulu mmg nakal, we're a bunch of naughty nerdies.. Budak2 nerd yg nakal... Nakal tapi nerd, nerd tapi nakal, tak kisah la yg mana dulu...

Wednesday, March 2, 2011

ENTRY YG TAK TAU NAK BUH TAJUK APA

In my previous entry, aku ada cerita pasal ofis adik ipar aku dimasuki pencuri. Selepas dua org staff dia dibebaskan, turn adik aku pulak tidur lokap.. dua malam pulak tu.. start malam kemarin, tengahari tadi baru lepas. InsyaAllah, dia dlm perjalanan balik Kuantan, ambik cuti Khamis ngan Jumaat.

Kesian adik ipar aku ni. Ni kali kedua dia tidur lokap sepanjang hayat dia. Kes pertama dulu sempat jugak la dua tiga malam... tapi kes drop sbb tak de kes. This time kes benda lain pulak. Yang pastinya, masa kejadian tu berlaku, adik ipar aku tu dlm perjalanan balik ke Kuantan untuk cuti. Apa-apa hal, aku tunggu dia sampai rumah nanti, baru citer panjang ngan dia.

Apa pun, aku pasti Allah tu Maha Kuasa, aku serah kat Dia... Aku harap dia sekeluarga tabah hadapi dugaan ni...


Tuesday, February 22, 2011

TWO BURGLARY & A FUNERAL

On Thursday, Teh kata hubbynya akan tidur di lokap malam esoknya. Duit dlm peti besi kat ofis hilang. Suspeknya org dalam sebab alarm dimatikan dan tiada tanda pecah masuk. Peti besi pun tak rosak. Bila cek dlm sistem, alarm dimatikan jam 7 ptg. Tanya dgn pengawal bertugas, pak guard tu kata dia pergi makan time tu. Oleh sebab jumlah yg hilang tu besar dan tak mampu dia nak ganti, dia pun buat report polis. Kunci peti besi tu ada tiga org pegang termasuk hubbynya. Khamis mlm Jumaat tu, dua org staf dia yg pegang kunci peti besi tidur dlm lokap. Dia pulak tunggu turn la pulok... Luckily, it didn't happened. Alhamdulillah.

On Friday, my sister went to Raub to accompany her hubby. Tinggal aku 3 beranak kat rumah.

On Saturday, anak2 sekolah ganti. Ntah kenapa mlm tu terasa nak sgt ke ofis Jln Penjara, tapi kenangkan tak de org kat rumah, aku lupakan aja.

On Sunday, lagi sekali terasa nak ke ofis Jln Penjara, tapi aku lupakan jugak atas alasan yg sama.

On Monday, dpt 2 berita tragis. Ofis Jln Penjara kena pecah masuk, laptop Nazri hilang bersama koleksi duit syiling dia. Nasib baik laptop Zamani buatbalik weekend tu. Dan nasib baik Wana bawak petty cash balik rumah. Kalau tak lagi banyak hilang..

Tapi paling terkejut bila dapat berita Abg Johari, security guard kat tempat aku, meninggal hari Sabtu mlm Ahad, pukul 8 lebih sikit OTW balik dari kerja. Lagi sedih bila diorg cerita, dia kena langgar dengan budak2 yang tgh duk lumba keta. Arwah meninggal di tempat kejadian. Budak yg langgar dia tu pulak tak sempat nak lari sbb keta dia masuk longkang lepas langgar motor Arwah.

Sabtu minggu sblm tu, aku terserempak dgn Arwah kat Giant dgn anak pempuan dia, anak nombor dua. Kata Arwah, anak dia baru dapat masuk sekolah berasrama di Pekan, so dia bwk anak dia tu utk beli brg2 keperluan. Arwah bapa tunggal, ada 4 anak termasuk anak2 tiri, semua dia jaga sendiri. Dia duduk ngan mak ayah dia.

Baik orangnya arwah ni. Pandai hormat orang. Bukan setakat kakitangan, student pun suka kat dia. Rasa sgt ralat sbb tak dapat attend funeral dia. Tak de org bagitau aku sampai la hari Isnin....

Semoga Allah limpahkan rahmat utk arwah. Semoga dijauhkan siksaan kubur, dipermudahkan hisab dan ditempatkan di syurga bersama org2 yang beriman dan beramal soleh. Amin...