Singgoh Le Dulu Aok Yer

Thursday, March 24, 2011

CALL FROM THE PAST


Classmate aku masa 1st year matrix, Dwi Indra (aka Blek or Black..) called me last Monday.

"Ada org nak cakap ngan hang.."
"Sapa?"
"Hang cakap je la... surprise ni..."

"Hello... r u Idi?"
"Maybe.."
"I don't want to talk to u if u're not Idi.."
"what ever..."

She then pass the phone back to Dwi
"Wei!!! Kau ngaku je la..."
"Ye la ye la..."

"Hello... r u or r u not Idi....??"
"Guilty as charged.."
"hahaha... guilty as charged... hahaha... Do u know who I am?"
"No.. don't u?"
"U really don't know who I am?"
"I might know u, I just can't recall ur voice?"
"U can't recall my voice? What do u mean u can't recall my voice? I shouted, screamed and yelled at u everyday, ...... (ayat seterusnya aku tak sempat nak tangkap sbb sgt laju... but she said something about debate..)"
"Cik Sham? Puan Shamsiahayati?"
"Ya...."
"OMG! OMG! ..."

Rasa mcm tak percaya... after a little bla bla bla, dada aku terus rasa sebak bila dia sebut nama classmate aku sorang2. Aku, Kamal, Dwi, Shelly, Juju, Kak Long... and the others... Wow!! Rasa mcm nak menitik air mata.. Dia still ingat kami semua. Almost each n everyone of us... Dia still ingat kami usik dia dgn katak, sampai dia takut nak bukak her birthday present sbb takut kami letak katak dlm kotak hadiah tu...and she still have the stones we gave her on her birthday back in 1992. Dia kata dia ingat sgt2 kat kelas kami sbb kami nakal. Nakal yg menyenangkan. Dia ingat kami semua, walaupun dah lost ctc ngan kami selama 19 tahun...

She nervously opening our present box... takut ada katak kat dlm tu.. hahaha. Oh ya.. the guy in the blue shirt.. that's me..

We called her shirt as 'baju spiderwomen'.. Kurusnya aku time ni..

Dia.. our English and class teacher masa kami first year matrik. Dia jugak Pengetua Kolej Telekom during our Mariculation years. Garang tapi baik hati. Kami semua takut kat dia, tapi dlm masa yg sama, kami semua suka kat dia. Dia mcm Kapt Fadhilah Salleh, ganas, garang, tapi sgt baik hati dan sangat disenangi.

Dia garang, tapi after just a little while, garang dia hilang bila dgn kami. She always laughed, smiled bila dgn kami. Maybe sbb kami semua ni nakal yang menyenangkan, mungkin jugak sbb kami semua ni cute and adorable, or may be jugak sbb kami semua ni mmg dilahirkan utk menggembirakan hati dia... hehe.

Kami dulu mmg nakal, we're a bunch of naughty nerdies.. Budak2 nerd yg nakal... Nakal tapi nerd, nerd tapi nakal, tak kisah la yg mana dulu...

Wednesday, March 2, 2011

ENTRY YG TAK TAU NAK BUH TAJUK APA

In my previous entry, aku ada cerita pasal ofis adik ipar aku dimasuki pencuri. Selepas dua org staff dia dibebaskan, turn adik aku pulak tidur lokap.. dua malam pulak tu.. start malam kemarin, tengahari tadi baru lepas. InsyaAllah, dia dlm perjalanan balik Kuantan, ambik cuti Khamis ngan Jumaat.

Kesian adik ipar aku ni. Ni kali kedua dia tidur lokap sepanjang hayat dia. Kes pertama dulu sempat jugak la dua tiga malam... tapi kes drop sbb tak de kes. This time kes benda lain pulak. Yang pastinya, masa kejadian tu berlaku, adik ipar aku tu dlm perjalanan balik ke Kuantan untuk cuti. Apa-apa hal, aku tunggu dia sampai rumah nanti, baru citer panjang ngan dia.

Apa pun, aku pasti Allah tu Maha Kuasa, aku serah kat Dia... Aku harap dia sekeluarga tabah hadapi dugaan ni...


Tuesday, February 22, 2011

TWO BURGLARY & A FUNERAL

On Thursday, Teh kata hubbynya akan tidur di lokap malam esoknya. Duit dlm peti besi kat ofis hilang. Suspeknya org dalam sebab alarm dimatikan dan tiada tanda pecah masuk. Peti besi pun tak rosak. Bila cek dlm sistem, alarm dimatikan jam 7 ptg. Tanya dgn pengawal bertugas, pak guard tu kata dia pergi makan time tu. Oleh sebab jumlah yg hilang tu besar dan tak mampu dia nak ganti, dia pun buat report polis. Kunci peti besi tu ada tiga org pegang termasuk hubbynya. Khamis mlm Jumaat tu, dua org staf dia yg pegang kunci peti besi tidur dlm lokap. Dia pulak tunggu turn la pulok... Luckily, it didn't happened. Alhamdulillah.

On Friday, my sister went to Raub to accompany her hubby. Tinggal aku 3 beranak kat rumah.

On Saturday, anak2 sekolah ganti. Ntah kenapa mlm tu terasa nak sgt ke ofis Jln Penjara, tapi kenangkan tak de org kat rumah, aku lupakan aja.

On Sunday, lagi sekali terasa nak ke ofis Jln Penjara, tapi aku lupakan jugak atas alasan yg sama.

On Monday, dpt 2 berita tragis. Ofis Jln Penjara kena pecah masuk, laptop Nazri hilang bersama koleksi duit syiling dia. Nasib baik laptop Zamani buatbalik weekend tu. Dan nasib baik Wana bawak petty cash balik rumah. Kalau tak lagi banyak hilang..

Tapi paling terkejut bila dapat berita Abg Johari, security guard kat tempat aku, meninggal hari Sabtu mlm Ahad, pukul 8 lebih sikit OTW balik dari kerja. Lagi sedih bila diorg cerita, dia kena langgar dengan budak2 yang tgh duk lumba keta. Arwah meninggal di tempat kejadian. Budak yg langgar dia tu pulak tak sempat nak lari sbb keta dia masuk longkang lepas langgar motor Arwah.

Sabtu minggu sblm tu, aku terserempak dgn Arwah kat Giant dgn anak pempuan dia, anak nombor dua. Kata Arwah, anak dia baru dapat masuk sekolah berasrama di Pekan, so dia bwk anak dia tu utk beli brg2 keperluan. Arwah bapa tunggal, ada 4 anak termasuk anak2 tiri, semua dia jaga sendiri. Dia duduk ngan mak ayah dia.

Baik orangnya arwah ni. Pandai hormat orang. Bukan setakat kakitangan, student pun suka kat dia. Rasa sgt ralat sbb tak dapat attend funeral dia. Tak de org bagitau aku sampai la hari Isnin....

Semoga Allah limpahkan rahmat utk arwah. Semoga dijauhkan siksaan kubur, dipermudahkan hisab dan ditempatkan di syurga bersama org2 yang beriman dan beramal soleh. Amin...

Monday, January 31, 2011

JAMMED PACKED!!!

Ramai benor keta atas jalan kat bandar Kuantan hari ni. Lagi ramai daripada hari2 Jumaat yang biasa. Orang dah start cuti CNY dah kut. Campur hujan lebat sekejap2... PARAH!!!

Aku MC last Friday, hari ni cuti, minggu depan baru start kerja balik. Ngalahkan kawan2 Cina nak beraya cuti aku.. hehehe.. Namanya je la cuti, tadi pun dah masuk opis. Duk kat rumah pun tgh siapkan paperwork and report bagai. Lepas cuti nanti nak hantar. Dah hantar nanti nak kena edit tujuh lapan kali lagi mcm selalu. Nak wat mcmana.. kalau dah kuli mcm ni la buat kerja. Dapat pulak bos yg... apa apa je la..

For the last few months ni, aku jampack dgn kerja. Dan kerja aku byk sangkut kat paperwork, padahal dulu2 tu, bahagian paperwork ni la yg aku paling terer, sampaikan Region Manager aku buat copy hantar ke cawangan2 lain utk dijadikan contoh.. (hehehe.. gila bongkak aku time tu..). Ntah la.. Tak paham jugak aku apa lagi yg dia nak.. Manusia ni mcm2, kan?

Aku ingat, hidup 37 tahun atas dunia, jumpa mcm2 orang, dah boleh face semua benda, rupanya ada lagi jenis manusia yang aku tak pernah jumpa. Ingatkan dah kerja dgn mcm2 jenis bos, ada dah cukup pengalaman, rupanya ada lagi jenis bos yg aku tak leh nak masuk..

But then, at the end of the day, it's back to basic. Kalau dah semua org ada masalah ngan org yg sama, konfem la org tu ada masalah ngan Tuhan... Busuk hati, dengki, iri hati, tak kan ke mana juga. Allah tu Maha Kuasa. Aku serah bulat2 kat Dia. Kut la dia lupa, tak semua benda Tuhan bayar kat akhirat, ada benda2 Allah bayar CASH!!!

Ciow.

Wednesday, January 12, 2011

BAU ITU...



Aku organise Bengkel Usahawan Muda started 5 Januari 2011 sampai last Monday. 5 hari punya program. Pagi sampai malam. Giler penat.

Hari ketiga, Jumaat, hujan amat lebat. Masa dlm bengkel tu, tiba2 aku tercium bau itu... bau arwah ayah.. Sangat kuat, sama kuat dengan bau dlm bilik dia masa dia mula2 meninggal dulu. Aku cium tangan aku, baju aku, sweater aku, lengan aku, buku nota aku... cuba mencari punca bau itu. None of them. Sampai kan anak2 buah aku jadi pelik dan sibuk duk gelak tgk aku..

Mana aku pergi, bau tu sentiasa ada. It's all over the place, it's in the air..

Aku cerita kat sorg kawan. Kata dia, may be he's around giving me a visit. Or may be, I miss him... ya.. think he's right, I just miss him..


Al FAtihah utk Arwah Ayah...