Singgoh Le Dulu Aok Yer

Wednesday, October 14, 2009

Lori Gula Terbalik

Masa raya kat Pasir Putih ari tu, singgah umah Chik Lah. Su Mah pun ada kat situ. Dua2 ni adik tiri Ayah, sama bapak lain mak. Dua beradik ni kerja nurse, org Kelantan panggil misi.




Gambar atas, Chik Lah
Gambar bawah, Su Mah
Kalau buang spek Chik Lah, boleh tak bezakan dua beradik ni?



Sampai kat sana, selain beraya, kitorg dapat pemeriksaan kesihatan percuma. Hahahaha... jangan marah. Cek gula dlm darah. Yg pertama kena check, for sure Ayah la. Humang aiii, meter pun tak leh baca kandungan gula Ayah, gila babas punya tinggi. Meter tu kata "Hi (singkatan utk High). Above 28.5"

Chik Lah ngan Su Mah terus ajak Ayah gi Hospital Pasir Putih, mau diorg tak risau. Korang tau tak kandungan gula dlm darah yang normal berapa? Antara 3 - 6 shj. Kurang dari 3, low blood sugar. Boleh pengsan, pitam, lemah badan etc etc etc. Lebih dari 6, high blood sugar. kencing manis la tu....
Tapi Ayah buat dek ajer. Kami adik beradik pun berebut nak cek sama. Abg Din kena 8.2, Teh Man kena 8.1, aku kena 7.1. 1/2 jam sblm cek tu, aku 3 beradik ni baru jer habiskan tapai pulut satu tupperware besar kat umah Ayah Soh. So, kandungan gula aku ni kira normal. Alhamdulillah. Tuhan sayang aku. Dia bagi aku kesihatan supaya aku boleh jaga dan besarkan anak2 aku dua org tu. Syukur.

Org lain punya meter reading aku tak ingat brp. Tapi semua org pun normal jer la. Syukur Alhamdulillah lagi sekali. Allah bagi kesihatan yg baik utk kami sekeluarga.



Cik Su tgh kena operate ngan Chik Lah. Mula2 cucuk jari tu sikit, serius tak sakit. Semut gigit pun jauh lagi sakit.


Pas tu, letak kat meter ni, pas tu kuar la dia punya reading. Senang bai tu. Tak sampai dua minit siap semua proses


Chik Lah pesan kat kami adik beradik suruh carikan ubat utk Ayah. And, aku tau ubat paling sesuai. Ahad lepas ubat tu sampai, Alhamdulillah, Ayah dah start makan. Hopefully, InsyaALlah, Ayah akan terus OK, lebih OK dari sekarang. Hopefully tak der dah lori gula terbalik dlm darah Ayah. Amin.


Anak teruna sulung Chik Lah, Amir. Kecik2 dulu selalu aku dukung ke sana ke mari

Tuesday, October 13, 2009

Mereka Yang Rebah

Kalau dulu2, tahun 60-an hingga 80-an, bila dtg time raya, kita selalu diingatkan kepada perajurit-perajurit di perbatasan yang mengawal negara dari ancaman komunis. Kita jugak diingatkan kepada mereka yg terkorban mempertahankan negara ini. Sampaikan ada lagu raya yang sebut pasal diorang.
Tapi jangan kerana ancaman komunis dah berakhir, kita sangka dah tak de mereka yg rebah. Ader... Tak caya tengok nih. Ha tengok! tengok! tengok! (sebut mcm iklan keselamatan jalanraya tu...)

Yg pertama sekali rebah. Barisan hadapan



Mangsa kedua....


dan seterusnya....


ader lagi....


isshh... ramai tu



makin ramai dan besar-besar pulak yg rebah ni...


yg dewasa pun apa kurangnya....


semuanya sebab.....

PENAT RAYA
PENAT MAKAN
PENAT JALAN

PENAT.....

p/s : raya kedua masa kat rumah Ayah We di Pasir Putih....

hehehehe...

Monday, October 12, 2009

Fotoku Yg Pertama

Biasa gi Kelantan? Pernah tak drive dari Machang ke Tanah Merah ikut hiway dia? Diorg panggil hiway walaupun jalan tu jalan biasa jer. Berapa lama nak sampai dari Simpang Bandar Machang ke Tanah Merah? Rasanya kalau bawak keta sambil berchenta pun, dalam 25 minit sampai la.

Raya kedua hari tu aku ngan family buat rekod. Dr Simpang Machang ke Bandar Tanah Merah, 2 jam setengah. Pehhhh!!! Kalau dari Kuantan, dah boleh sampai KL tu. Semuanya sbb jam. Keta byk. Hujan lebat lak tu. Pas tu ader pulak mangkuk yg duk potong sebelah kiri. Last2, aku pun pegi sebelah kiri. Tapi aku tak potong pun. Aku duduk jer kat tepi kiri tu, follow jer tepi abang aku. Keta kat depan aku senyum jer, angkat tangan ucap tima kasih sebab tolong block org lain drpd potong q ikut sebelah kiri. Lantak la korang. Bior la kucing korang nak beranak pun.

Gi Tanah Merah sebab nak ziarah Ustaz Wahab, jiran lama kami kat Tanah Merah dulu. Tanah Merah ni tempat kedua aku duduk lepas aku lahir di Pasir Mas. Kat Tanah Merah ni la arwah abang sulung aku, Abg Kamaruzzaman meninggal pada usia 8 tahun, dlm Djh Dua di SJKC Tanah Merah.
Sedih aku tgk Pakcik Ustaz. Dah tak boleh berjalan. Duduk jer atas kusi roda. Itupun tak leh lama. Sakit punggung ngan belakang. Masa kami sampai, dia nangis sambil peluk Ayah. Walaupun kami bukan sedara, tapi Ayah rapat ngan dia mcm adik beradik. Terus aku lupa nak cakap apa, nak buat apa, nak ambik gambar, nak itu, nak ini....
Masa kat rumah Pakcik Ustaz tu, salah sorg anak dia tunjuk satu gambar lama kat dlm hp. Aku mintak dia bluetooth kat hp aku. Ni la gambar tu.
Ini la gambar foto aku yang pertama dlm tempoh hayat dikandung badan ni. Masa ni aku umur 2 tahun++. Dari kanan : Aku, Abg Zu, Abg. Zi, Teh (atas dukung), kak Za, dan neighbor aku yg aku dah tak ingat namanya. Abg Zu, Abg Zi dan Kak Za anak Pakcik Ustaz. Gambar ni ambik sekitar tahun 1975/1976.
Comel tak gambar Teh masa dia kecik?



Gambar aku lagi comel, kan?

Hehehe... mcm tak caya jer aku tgk gambar nih....

Saturday, October 10, 2009

Renungan Dari Tragedi Padang

Got this from Ismadi's email. Damn, for the first time, he sent me something interesting to read and to think. Ari tu kena marah ngan aku sbb hantar surat berantai yg Majlis Fatwa haramkan kat aku. Hampeh. Hmmmm... sebut nama Ismadi, terus dia online. Panjang umur. Nampak sgt la jahatnya, org jahat memang panjang umur, sbb : only the good die young, those evil seems to live forever... (Iron Maiden)
Aku rasa dia dpt ni pun dr Indonesia, sbb bahasa dia keIndonesiaan sikit. Rasanya la. Pa pe pun, I've checked terjemahan Qur'an dari www.iiu.edu.my/deed/quran/malay. Betul la tu terjemahan dia. Baca, renung renungkan, dan selamat beramal (Prof. Izi Hj. Ali)
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummasolli ' alamuhammad wa ' alaalimuhammad

Salamun ' alaikum

Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qurâan! Demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:
17.16 (QS. Al Israaâ ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
17.58 (QS. Al Israaâ ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Friday, October 9, 2009

Tokan

Diorg kata time raya kalau tak der bunga api, mercun segala bagai, raya tak meriah. Zaman budak2 dulu, sblm kilang mercun kat Sg Buluh dulu terbakar, sblm mercun diharamkan, raya mmg meriah dgn bunyi dan warna mercun. Lepas diharamkan, raya dah kurang meriah.
Tahun ni, mercun still diharamkan. Yang halal cuma bunga api dan mercun bawang. Tapi aku tak tau la pulak macamana mcm2 jenis mercun boleh ada kat market. Kalau pergi belah Kelantan Terengganu, mercun besar2 dah mcm sambut hari merdeka. Selamber jer aku tgk org main, tak der takut pun kat penguatkuasa.
Mana pergi Kastam DiRaja ngan Polis DiRaja nih??
Since org lain duk main, anak2 aku pun naik main jugak...
Dari sebelum raya....


Kakak


Adik

Najwa


sampai malam raya pertama (kat rumah Ayah Long di Kg. Saring, Pasir Putih, Kelantan, tempat asal Tok Janggut)


Kakak


Adik


Faiz


Faiz lagi...

Yg dah besar pun tumpang sekaki


Tumpang dua kaki pun ada...


...sampai la malam raya kedua (kat Trgn rumah Mak & Pak)

Mula2 dia ke kanan

Pas tu dia ke kiri pulak


Pas tu kiri ngan kanan dia gi serentak

Lepas tu dia meletup kat atas.... besar punya.
Pa pe pun, yg lagi seronok sure la Tokannya.... hahahaha.... habis duti raya korang masuk poket aku.


Mari!! Mari!! Singgit!! Singgit!!


Ala... duit dah habih. Dah tak leh main mercun dah. Kita main lilin je la.