Singgoh Le Dulu Aok Yer

Thursday, October 8, 2009

Raya Hari Tu

Raya pertama punya gambo. Sebahagiannya je la. Gambar family-family dalam family besar aku. Gambar family besar tak ambik tahun ni. Lupa duk sakan sgt beraya...



Ayah n Najwa. Ptg raya pertama di Terengganu



Aku n Kakak n Adik.


Teh Man, Teh n Najwa



Cik Su n Ayah Su



Cik Su n Ayah Su menyamar ngan baby Abg Yie

Belakang : Angah Fahmi, Abg Yie, Kak Mah n baby baru (aku lupa la pulak namanya), Along Syamimi
Depan : Kak Alang Balqis aka Dato' Siti Nurhaliza, Eca, Kak Cik


Gambo Atas : Pak
Gambo Bawah : Mak



Yang tak der gambor familynya, Abg Din n Kak Ani. Duk hoha hoha, lupa nak ambik. Tak pe la.. lain kali la pulak.

Monday, October 5, 2009

Lawak Spenda MB Pahang

Sabtu lepas, masa OTW gi open house Maker kat Indera Sempurna, KZ cerita. 2 - 3 bulan lepas, MB buat perjumpaan dengan beberapa syarikat pelabur yg melabur di Pahang. Isteri seorg kawan dia dtg dr KL bersama bossnya yg berpangkat Tan Sri mewakili salah sebuah syarikat yg dijemput ke perjumpaan tersebut.
Ikut jadual, perjumpaan tu pukul 8 pagi. Tunggu punya tunggu punya tunggu... sejam berlalu.

Batang hidung MB tak nampak lagi. Tunggu lagi dan lagi dan lagi dan lagi....

Para jemputan dah start gelisah. Apa nih? JAnji pukul 8, dah nak masuk pukul 10 pun tak nampak bayang pun lagi. Jemputan yang datang pun bukan la busuk2 punya kaki. Kalau dah melabur, tak der duit juta2, tak la melabur, ye tak.
Akhirnya, pukul 10 lebih MB sampai. Buat muka tak cerdik dia jer masuk. PAs tu dia pun start bercakap dgn memberi alasan kelewatannya
"Sorry la lambat sikit. Cari spender tak jumpa..."
Ingat kelakar la tu. Jemputan terpinga2, tak tahu nak gelak ke nak nangis...
Tetiba Sam menyampuk, "ooo.... meeting yg tu! Aku ada dalam meeting tu. Denan tu mmg selalu mcm tu. Dia ingat kelakar la lawak spenda dia tu..."
"Tapi dia ada cakap benda betul masa perjumpaan tu. Bila dia sebut pasal PKNJohor (yg melabur kat Pahang melalui KPJ), dia kata,
"PKNJ ni bagus la. Hebat. Saya puji. Memang patutla, sbb MB Johor pandai, tak mcm saya, bodoh..""

Sunday, October 4, 2009

Guru Mengaji Aku

Zaman aku bebudak dulu, aku adik beradik tak berpeluang nak belajar mengaji secara formal di sekolah. Walaupun masa tu dah ada SAR Masjid Jamek Beserah, tapi sbb keluarga tak berkemampuan, kami lima beradik cuma mengaji biasa mcm bebudak yg hidup 20 tahun lebih awal dari kami. Mengaji di rumah guru mengaji di kampung ajer. Kami lima beradik semuanya mengaji dgn guru yang sama. Mak Teh dan arwah suaminya, Pak Teh. Tak jauh pun, depan rumah jer.
Ni la rupa guru ngaji aku, Mak Teh. Gambar terbaru masa raya baru ni.
Ni pulak rupa arwah Pak Teh. Gambar kat rumah aku di Bt. Hitam tahun 1996. Pak Teh ni dulu Imam Masjid Beserah, kalau dia takbir raya, bisa nangis dong..
Ikut adat dulu2, guru mengaji ni kena hormat, lebih dari hormat mak ayah sendiri. Dan tradisinya jugak, setiap kali raya, tak boleh pergi raya rumah org lain sebelum gi raya rumah guru mengaji. Itu la yang kami amal sampai skrg. Rumah Mak Teh ni akan jadi persinggahan pertama kami beraya, setiap tahun, kecuali kalau tak beraya di Beserah. Dan mcm tu jugak la ramai lagi anak2 murid dia. So, setiap tahun, rumah Mak Teh mmg meriah kalau time raya.
Sebahagian kecil ahli keluarga besar Mak Teh yg sempat kami jumpa pagi raya tu
.
Tahun ni sama la. Lepas ke kubur, kami ke rumah Mak Teh. Mcm biasa jugak, hidangan utama dia laksa. Zaman dulu2, Mak Teh akan buat sendiri laksa utk hidangan raya. But since dunia dah makin sibuk, laksanya dibeli, tapi aksesorinya masih disediakan Mak Teh dan keluarga.
Bezanya tahun ni, kami beraya kat luar rumah jer. Dah ada kerusi meja letak kat laman rumah utk tetamu. Pinggan cawan sudu garpu pun dah guna polistrin pakai buang jer. Boleh terima akal la sbb penat tu nak duduk basuh pinggan mangkuk. Dah macam kenduri setiap kali raya.
Family Kak Jah pun ada sekali masa kami sampai. Mak Ayah Kak Jah ni tuan rumah sewa kami masa kami duduk depan rumah Mak Teh
Cik Su, Ayah Su n Kakak. Layan perut kenyang lepas makan laksa.
Adik n sepupunya layan buai sambil planning nak main mercun...
Cikgu Zarina anak Mak Teh (paling kiri) duk layan tetamu
Anak2 Kak Jah. Dah besar panjang dah semua. Aku pun dah tak ingat mana satu yang mana
Apa lagi?? Tambah! Tambah! Bakarrr!!!
Utk Mak Teh dan Arwah Pak Teh, terima kasih kerana mengajar ilmu yg sgt berguna buat kami. Moga amalan kami sampai kepada Arwah, dan semoga Allah menyediakan syurga terbaik buat kalian berdua dan keluarga. Amin.

Saturday, October 3, 2009

Thank You, Followers

I've never say thank you to you guys yang follow blog ni. Kenapa ek? Ntah. Tak baik, kan? Aku pun sebenarnya tak pernah expect ada org akan follow blog ni. Ye la, buka blog ni pun dulu sesajer suka2. Seronok baca blog Sifu (mana la pergi Sifu aku skrg nih... senyap jer...), last2 bukak blog sendiri. Langsung tak der buat marketing ajak org baca blog nih pun. Utk personal la kononnya. Nak meluah perasaan la kononnya. Nak menulis la kononnya. Hampeh!!

Anyway, terimakasih utk adik beradik, sepupu sepapat, sedara mara, kawan kawin, sahabat handai, rakan taulan yang sudi buang masa anda utk bukak, baca, follow blog yg ntahkehapahapantah ni. Hope you'll enjoy your time here. Aku tak janji bulan ngan bintang kat sini, sebagaimana aku tak mengejar bulan dan bintang dalam hidup aku. Cukuplah aku dengan apa yang ada, seadanya. Harapnya pun, korang cukup dengan apa yang ada dlm blog ni, seadanya.
Kalau ada komen, cadangan, kemukakanlah. Aku terima dengan hati terbuka. Aku ni kan manusia biasa. Tak sempurna. Aku ni penulis amatur, bukannya wartawan hiburan yang dilahirkan sempurna tanpa cacat cela, bebas mengumpat sesiapa tanpa takut dosa dan neraka, bukan tak leh ditegur melenting mcm dunia ni bapak aku yg punya.
Pa pe pun, selamat datang utk :


Jojet - suka baca your blog.


Munif - sesaper nak jumpa Munif boleh dtg lukis potret kat TC setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad malam


Qasseh Qaisara - sorry la Cik Su. Tak dan lagi nak email gambo2 raya ari tu. Sabor je la yek.


dan semua yg lalu lalang kat sini. Aku tau ader org bukak blog nih sbb nak ikut perkembangan anak2 dia.
eeerrr... jemput la makan kuih raya. Ala kadar jer. Tak la kelas mcm Maria Tunku Sabri. Dia ada Ribena... kelas auntie!!


Hah. Sila la. Hari Raya ni jgn memalu...



Tak cukup. Ha.. ambik. Tambah! Tambah! Bakarrrr!!!!



Nak makan buah nenas tak nak kuih raya pun boleh gak. Ni ha, nanas lapik meja luar kat umah Mak & Pak di Trgn.


Apa laginya? Duit ghaya? Usoh haghap!! HAh? Ye la! Ye la! OK! OK! Nah la bunga api...



Friday, October 2, 2009

Ziarah Kubur Arwah Mek

Lepas semayang raya hari tu, kami adik beradik ziarah kubur arwah Mek. Sampai sana baru aku realise that dah lama sebenarnya aku tak berkunjung ke sana walaupun dekat jer ngan rumah aku. Anyway, ustaz pernah kata, mengingati arwah bukanlah dengan cara berkunjung ke kuburnya. Yang lebih penting, ingatan dan sedekahkan seberapa byk amalan baik dan bacaan Qur'an utk arwah. Banyakkan doa sebab doa anak yang soleh akan sampai terus kepada arwah ibubapanya.
Hmm... doa anak yang soleh. Kalau anak Salleh, memang betul dah aku ni. Kalau anak yang soleh... jauh lagi la nampaknya...


Ayah & arwah Mek share a same birthdate, tahunnya jer yang beza. Ayah muda setahun daripada Mek


Cuma aku n anak2, Kak Ani n anak2, Ayah Su & Cik Su jer. Teh n family dan Abang Din n family raya kat rumah mertua diorg


Cik Su nangis lagi ingatkan arwah