Singgoh Le Dulu Aok Yer

Monday, September 14, 2009

Arek Dlm Longkang Markas

Suatu hari Khamis, sekitar tahun 1994/95, kawan baik aku si Pen (Pen ialah pendek kepada Pendek...) bawak kamera masa gi training kat Markas.
"Kamera mahal ni", kata dia.
"Beli kat Rusia".


Lepas sejam berlegar-legar kat markas, si Pen dah start mengeluh.


"Boring la... tak de action nak ambik gambor. Nak ambik gambor pe ek?"


"Kau mintak cadangan aku ke nih"


"Tak. Aku tanya kat dinding ni ha... mangkuk!"


"Mcm ni. Kita gi tangkap saper-saper, sumbat dia dlm longkang, pas tu ambik gambar dia. OK?"


"Bunyik cam best gak tu? Nak tangkap saper?"


"Jap ehh. Aku carik mangsa yang best sikit..."


Aku pun pusing2 tgk mangsa yang seronok dikenakan. Tak dan seminit, lalu la Mat Arek (cuba eja Arek dr belakang, guess how he got that name...) Hmmm... mmg la selalu jd mangsa Mat Arek ni...


"Pen, Arek!!"


"Cantik...."


Tetiba seluruh markas jadi kecoh bila aku ngan Pen tangkap si Arek. Kawan2 lain yg tak tau hujung pangkal pun turut sama dtg membantu menangkap Mat Arek ni. Suara-suara latar kat belakang duk sibuk tanya "Apasal! Apasal!" "Awat ni weih!! Pasai apa tangkap si Arek tu?" Maka menggelupur la si Arek mcm kera kena belacan dek kerana telah dilumpuhkan tulang empat keratnya.


"Sini! Sini! Sini! Buh longkang ni!"


"Sat! Sat! Aku tangkap gambaq dia....





Itu la sejarah gambar ni. Kesian jugak Mat Arek ni, being at a wrong place on a wrong time.

Dari kiri :
A'nas Salehuddin aka Pen aka Dr. Pen Feelgood aka Pendek (skrg Pengurus CGC Cawangan Johor

Syukrani aka Syuk (lost ctc, tak tau mana pi...)

Idi aka Aku
Zaidi Mohamed aka Batman (now Mejar Zaidi, 1 RAMD, instructor kat PULADA, Ulu Tiram Johor)

Zaiem (now still the owner of Kryptonite Technologies kat Ipoh)

Zaharudin (dlm longkang) aka Mat Arek (now Cikgu kat Bukit Kepong)

Sabarul Aswadi aka Sabat (now kat Penang Development Council)

Mohd Nasir Mazlan aka Ah Chong Gile (now Penolong Pengarah, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya)

Roomateku Sazali Abu Sujak aka Jalique (now kat CIMB, KL)

Saturday, September 12, 2009

10 Tahun 10 Tahun Yg Lepas

Masa gi tgk rumahku yg dah jadi sarang pelacuran tu hari tu, aku terjumpa la satu album gambar aku duk terendam dlm air. Dlm hati aku duk maki hamun saper manusia yg tak bertanggungjawab tu. Lain dr album gambar yg tu, lain2 album OK, tak der masalah. Aku tinggalkan semua benda alah ni dlm almari, dan mintak mamat tu jgn usik almari tu. Tapi, jgn kata isi almari, almari tu pun hancur disepahnya. Sungguh la tak der perikemanusiaan.

Album yg terendam tu aku bwk ke ofis, potong satu persatu dan keluarkan semua gambar yg ader dlm tu, jemur dlm bilik aku. Ambik 2 hari gak la nak keringkan semua. HAri ni aku tak byk kerja, so aku scan semua gambar dari album tu. Ada la 94 kpg gambar, hampir semuanya gambar solo aku dari tahun 1989 sampai 1999. BAru perasan, 10 tahun beb!!

Here are some of those.


Naib Johan Debat Bahasa Malaysia, Piala Perdana Menteri, Dewan Pusat Islam,
Kuala Lumpur - 1989

Depan Masjid Jamek Kuala Lumpur, selepas solat Subuh, dlm perjalanan balik dari Pesta Perdana Menteri di Sek. Tun Syed Syeikh Shahabudin (STSSS), Pulau Pinang - 1990


Johan Pidato DiRAja Pahang, 1990. Hadiah disampaikan oleh DYMM Sultan Pahang - 1990

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, selepas debat persahabatan dgn SESMA - 1990



Johan Bahas Bahasa Malaysia Negeri Pahang, Piala Sultan Hj. Ahmad Shah, di S.M. Clifford, Lipis, Pahang - 1990

Yaohan, dah tak wujud lagi dah kat atas dunia. Aku tak ingat, kat Lot 10 ke kat The Mall, KL - 1990

Hari terakhir SPM di SEMSAS - 1990

Jambatan Merdeka, Daerah Kuala Muda, antara Sg. Petani ke Butterworth, XPDC Jelajah Utara - 1992

Hari RAya tahun 1991 @ 1992, dengan Abg Din n anak sedare pertama aku, Along Munirah Najmah bt. Mohd Fadhil. Dian tak diam, tahun ni Along dah masuk Form 5

Tugu Sintok, far behind is Dewan Mu'adzam Shah, Uni. Utara Malaysia, Kedah - 1991


Puncak Gunung Gagau, titik sempadan 3 negeri (Pahang, Kelantan & Terengganu) - 1996

Pelabuhan / Jeti Gawi, balik dr Gunung Gagau - 1996

Helipad, belakang tu puncak Gunung Jerai, Kedah (XPDC Merbuk - Jerai - Yan) - 1996


Depan Markas PALAPES UUM - 1997


Advance Party, Sintok ke UPM, Serdang -1997

Majlis Makan Beradat aka Mess Night, ntah apa ke nama hotel besaq kat Kangaq, Perlih tu - 1997

Bukit Merah Laketown Resort, masa mula2 bukak dulu, iklan pun belum keluar kat TV - 1997

Hari last latihan praktikal, Exzone Plastic Manufacturer, Sg. Petani, Kedah - 1997

Jeti Merang, dlm perjalanan pulang dari Pulau Redang, Terengganu - 1998



Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu, dlm pembinaan - 1999

Dalam semua gambar ni, aku KURUS!!!!! Benci betul!! Kenapa aku dah tak leh kurus
mcm dulu????

Friday, September 11, 2009

Rumahku Sarang Pelacuran



Petang Ahad, balik dari Bazar Ramadhan kat Stadium, aku sajer lajak ke Sg. Karang Pantai, aka SKP aka ESKAYPI, bwk anak2 jalan tgk kampung. Lama tak balik. Lalu depan rumah aku kat Batu Hitam tu, aku singgah jap sebab aku tgk luar tu dah bersepah dan bersampah lain macam. Gate kunci, tapi tak nampak mcm ada org. Ape ke hal dah jadik rumah ni. Ada org sewa ke tak ni?
BAlik rumah, aku tanya Ayah, kata dia, since masuk sampai skrg pun Mamat yg sewa tu tak bayar sewa. Bayar bulan pertama masa nak masuk jer, pas tu haram dia buat dek. Katanya dah nak kuar, tapi tak der serah kunci apa lagi. Ayah kata, kalau sepah sikit2 kat luar tu, tak pe la. Jangan la berkira sgt. Masa dia masuk ari tu, dia dah tolong kita clearkan pokok kuini besar kat depan tu.

Dah ada org lain nak masuk sewa rumah tu. Orang tua. Masalahnya, Mamat tu belum serah kunci rumah lagi. So, org baru tak leh nak masuk.

Mlm tu, aku gi SKP lagi. Jumpa ngan Sarif Samseng Kg. Dusun, Tok 4 Awang, Din Mabuk, Cik Rahman n a few other friends.

Sarif n Din Mabuk


Tok 4 Awang

Cik Rahman

Tanya la pasal Mamat yg sewa rumah tu, sbb Mamat tu budak SKP jugak. Kata Sarif, Mamat tu bercerai ngan binik dia, so dia kuar rumah tu. Binik dia, lepas cerai, kembali jadi bohsia, bohsia tua. Rambut merah, rokok etc2. Anak2 dara dia duk usung jantan balik rumah. Pernah satu masa, rumah tu kena serbu ngan JKKK Batu Hitam. Org kampung marah pasal byk hal, mcm2 hal. Time org azan kat surau depan tu, time tu la diorg melalak ngan karaoke segala.
Malam esoknya, balik dari Keratong ziarah Pak Cik Hamdi, Pakcik yg nak sewa rumah tu datang. Kata dia, rumah tu teruk giler kat dlm tu. Penyewa asal tu dah pecah sana pecah sini. Kalau dengar cerita dia, ibaratnya rumah tu saling tak tumpah mcm tinggalan Kota A'Famosa kat Melaka. Kata dia neighbour aku kuncikan pagar sbb kesian tgk rumah tu.
Apa ke hal la pulak jiran sebelah tu nak buat baik cam tu. Mak bapak aku pindah dulu pun kes jiran sebelah tu perangai jahat sikit pada setan jer. Nasib baik tak kena pedang ngan aku je dulu tu, kalau tak sampai skrg pun aku duk lokap lagi.
Mlm tu jugak aku aku gi masuk tgk rumah tu, nasib baik pagar dah bukak, kalau tak memang confirm aku carik pasal ngan jiran sebelah tu. Gini la rupa rumah tu, kat sebelah dalam. (Gambar2 ni aku ambik esoknya)
Lepas tgk rumah, aku call Mamat yg sewa tu.
"Ada mana?"
"Jumpa kejap?"
"Saya tunggu rumah Batu Hitam"
"Sekarang"
"OK"...
Ada satu perkara yg banyak org terlupa, nak bersyukur dengan nikmat dunia yang Allah bagi kat dia...

Thursday, September 10, 2009

Sessi Ngetest Baju Raya

Tgh duk belek gambo2 kat hp tadi, jumpa gambor ni. Mcmana la aku boleh lupa. Baru jer weekend baru ni ambik gambo nih. Teruk tul daya ingatan aku nih.... short term memory lost disease...


Comel tak Najwa ngan baju raya tahun ni?



Sekali tgk terus nampak iras arwah Mek kat muka dia...

Dengan Kakak n Abang Ngah.

Adusss..

Salam. Aku tgh gastrik. Since semalam.

Aku tgh dhirrea. Since semalam.

Kepala otak aku tgh jam. Since lebih dari semalam.

"Gila aku Piah, gila aku..."

Aku still puasa. Since lebih dari semalam jugak


Bilik ku yang dah lama tak sempat nak kemas






Ni la cahaya yg korang boleh nampak kalau korang baring kat tepi kusi kuning aku..

Ni pulak korang boleh nampak kalau korang gi jalan2 kat Kuantan Parade, depan ofis aku..