Singgoh Le Dulu Aok Yer

Monday, August 29, 2011

SALAM AIDIL FITRI 2011

Assalamualaikum wbt.

Rumah dah kembali sepi. Kak Ani the whole family dah gerak ke Jengka pukul 10 tadi. Teh sekeluarga balik Terengganu. Tingga laku ngan anak-anak, dengan Ayah Su. Esok dah nak raya, malam ni sunyi dan sepi...  tahun ni semua ahli keluarga balik rumah mertua diorang. Yang tak de mertua, duduk la rumah ni, sambut raya sendiri-sendiri.

Dulu, masa arwah mak dan ayah ada, kami gilir-gilir supaya sentiasa ada adik beradik kat rumah ni di pagi raya. Bila Arwah Ayah meninggal tahun lepas, adik beradik tukar jadual. Tahun lepas semua orang raya kat sini, tahun lepas tu, semua orang balik rumah mertua. Dengan cara tu, kami dapat berkumpul adik beradik pada pagi raya setiap dua tahun.

So, tahun ni, semua orang balik rumah mertua. Aku ngan Ayah Su yang tak de mertua ni je la yang tinggal. Kami-kami je la. Mcm ni la anak yatim piatu. Mak tak de, ayah tak de. Bini pun tak de. Sebbaik anak-amak ada. Kalau tak der jugak, ntah la. Lagi baik tutup pintu, duduk depan tv je sambut raya.

Harap-harap, anak-anak cukup dengan persiapan raya yang dah disiapkan. Harap-harap diorang tak rasa kekurangan. Syukur Alhamdulillah, dari segi material, Allah bagi lebih tahun ni, lebih dari tahun lepas. Dapat la lebih sikit untuk anak-anak. Lain dari material, dari segi rasa, feel tu mungkin kurang sikit la kut.. Harap-harap diorang OK. 

Syukur jugak, sbb adik-beradik sudi singgah kat rumah ni sblm balik rumah mertua masing-masing. Dapat la jugak rasa kemeriahan malam raya. Dapat jugak bersalaman dan bermaafan dengan ahli-ahli keluarga. Dapat jugak bagi duit raya kat semua. Walaupun tak banyak, yg penting feel tu ada. 

Tamat Ramadhan, tak banyak yang dapat aku sedekahkan untuk Arwah Ayah dan Mek. Sekadar sedikit bacaan Al-Qur'an dan doa semoga mereka berdua diampunkan dosa, dilapangkan kubur, dijauhkan azab kubur, dipermudahkan hisab dan ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Untuk semua, Selamat Hari Raya. Saya mohon maaf, andai sepanjang perjalanan hidup saya ni, ada mengguris hati dan perasaan. Salah silap mohon ampunkan, halalkan juga segala yg perlu. Saya ini manusia biasa, tak sempurna, tak lepas dari salah dan silap. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda dengan kebaikan yang berlipat ganda. Dan semoga anda semua terus diberkati dan dirahmati, kekal bahagia dunia dan akhirat.

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum wbt

Hari ni last kerja sebelum start cuti raya. PA boss baru je call bagitau boss bagi half day kat semua staff dia termasuk aku dan anak2 buah aku. Alhamdulillah. Tghari nanti dah boleh balik jemur kain yang basuh Subuh tadi. Tak sempat nak jemur sblm dtg ofis tadi..

Sekolah agama anak-anak dah start cuti hari ni. So diorg cuma pergi sekolah kebangsaan je. Exam pun baru habis. Entah apa la pulak result peksa diorang kali ni. Rasa mcm flop je memasing. Langsung tak de nampak study pun. Malam last exam baru aku tau diorg ader peksa, kalau tak, langsung tak tahu apa. Patut la manjang tak der homework... 

Kerja? Banyak. Sgt banyak. Tapi... yang pasti. hari ni tak der mood nak kerja. Semua org dah mood cuti termasuk la Christle yang baru dpt kuih raya dari Pikah semalam. Lepas raya ni segunung lagi menunggu. Bendahari baru je call bgtau nak buat budget bulan 9. Puncak Jaya Fasa 2 awal bulan 10, preparation pun tak start lagi ni. Usahawan Muda pun nak kena start meniaga dah bulan depan, report pun tak settle lagi... Short courses punya banyak nak buat, adusss...   bisa jatuh ni pak...Kita pikirkan yg tu lepas raya raya nanti je la... 

Cuti? Hari ni last kerja. Isnin CTR, Selasa & RAbu cuti raya, Khamis cuti merdeka, Jumaat CTR. Sabtu & Ahadcuti hujung minggu. Isnin dan Selasa aku apply CTR yg dah nak expired date dia. Kalau tak ambik, rugi, nanti bos aku tak kasik dah... Nak ambik pun dilema jugak, sbb Rabu dan Khamis tu Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011 (AIPA 2011) dah start. Masa bila pulak aku nak siapkan preparation. Nampak gayanya, kerja dlm cuti la aku.. mcm selalu... 

Puasa? Alhamdulillah. Setakat ni penuh. Anak-anak pun sama. Sah @ tak, mabrur @ marlboro tu.. wallahualam mizzawab... org tanya aku pun tak tau jawab. Yang penting, kita dah usaha untuk sempurnakan tanggungjawab. Selebihnya, itu Dia punya kuasa. Minggu-minggu ni last ni aku dah start skip sahur. Tak tau la nak bagi alasan apa, alasan badan dah tak larat nak tanggung penat tak cukup tidur boleh la kut... 

Tahun ni cuma satu majlis Iftar je aku pergi, yg lain semua aku skip. Tak berapa nak selesa kut bukak puasa kat luar, malas nak kejar2 nak solat la, nak mandi la, nak ngaji, nak terawih lagi... Kat rumah lagi senang. Selesa.

Raya? hmmm... ntah.. hapa pun tak buat lagi. Yg dah ready cuma duit raya, itupun sbb si Fairuz bayar duit elaun training volleyball pakai duit raya siap-siap, so tak payah la susah2 nak gi tukar duit kat bank. Baju seluar anak2 pun tak beli lagi. Sempat la kut. Ada 3 4 hari lagi ni. 

Plan Raya? Still tak de. Tak tau lagi nak raya kat mana, nak raya mcmana. Tak sempat lagi aku nak pikir. Maybe petang ni atau malam ni atau esok, aku dah boleh start pikir nak raya kat mana, mcmana, dgn sapa etc etc. Dulu, masa Arwah Mek dan Ayoh  still ada, adik beradik buat giliran supaya sentiasa ada org beraya kat Beserah. Bila Ayoh meninggal tahun lepas, diorg pakat2 tukar jadual, tahun lepas semua org raya di Beserah, tahun lepas tu masing-masing raya di rumah mertua. Dgn cara tu, setiap dua tahun, kami dapat berkumpul beraya bersama walaupun Mek dan Ayoh dah tak ada. 

So tahun ni, semua adik beradik beraya kat rumah mertua masing. Tinggal la aku ngan anak2 kat Beserah. Nak masak apa pagi raya nanti pun aku tak tau... 

Wednesday, August 10, 2011

PUASA

Salam.

Hari ni dah masuk hari kesepuluh dah puasa. Alhamdulillah, gastrik tak singgah, perut tak meragam, penyakit pun tak datang. Tapi tetap ada masalah. Tak tahu la apekehentahtulahnya... Dah masuk 10 hari, body clock still tak leh nak catch up. Bab bangun sahur, tak der hal. Lepas sahur.. yang tu ada hal.. mesti nak jugak tidur. Bangun Subuh... lagi ada hal.. kelopak mata melekat la pulok.

Masuk kerja pukul 8, 8.15 dah ngantuk. Buat kerja banyak mcmana sekalipun, mata tetap kuyu... badan tetap lesu... rasa mengantuk tetap memburu..

Ntah apa la ke tu lah nya...

Hehehe...

-demengwihdegodegang

Monday, August 8, 2011

EXSAS DOUBLE TROUBLE WEEKEND & OFTWD OPS HAPPY HOUR


16 jUN

Shoot dr Kuantan lepas Subuh, bajet boleh sampai Wangsa maju around 10.00, game dah separuh jalan. Tak le segan sgt kalau kwn2 tanya apasal tak main sama. Malu jugak nak bgtau team aku kena reject sbb lambat daftar, walaupun bukan salah aku... hahahaha...

Sekali bila sampai, rupanya game tak start pun lagi. Kawan2 pun tak sampai lagi.. rupanya game start 10.30. Layan je la.. Lin Jr. daftarkan aku utk pertandingan Lucky Strike, which I won. Dapat le RM50. Tak le kosong sgt dtg hehehe...

Pareng, Yusman & Chipong - Team Bekas Juara
Our batch's only rep for bowling tournament


Lepas habis bowling EXSAS, aku shoot ke Sunway Pyramid for another event, yg ni dgn grup geng2 askar ko-k. OFTWD : OPS Happy Hour.

Ingatkan aku lambat, rupanya aku org ketiga sampai lps Man Bunga (organiser) dan Mail Kering. Yang lain tu, selai-selai sampai kemudian pada aku..

Attendance : Man Bunga, Mail Kering, Abg Haji, Blackcat, Dock, Neyo, Pak Long, Alias, Jijie, aku & Lokme (yg kebetulan dtg bersama team boling TM Kelantan, dia pun tak tau kami ops kat situ..).

So, we had bowling (lepas geram jugak la tak dpt joint tournament EXSAS sebelah pagi...). Habis boling, turun kat RedBox bwh tu, layan karok.. Hebat2 jugak kawan2 aku ni menyumbang suara...

Back row : Haji, Black, Mail, Man, Dock, Jiji
Front Row :PakLong, Neyo


Esoknya, sambung balik dgn EXSAS Double Trouble, main Futsal la pulok... Kami main 5 game. First game aku reserve, masuk 2nd half main kat atas, mcm hampeh. Kalah 3-0
2nd game, main goalkeeper, lepas sebijik, kalah 1-0
3rd game, goalkeeper lagi, tak lepas gol tapi kena kuar sbb jari kena sepak. Kalah 1-0
4th game, goalkeeper lagi, lepas 1 goal, kalah 1-0
5th game, tak main sbb jari makin sakit, kalah 4-0

Tu dia... mcm sayur la pulak.. hahahaha Anyway, we had fun. Kalah pun tak de hal la...

Back row : Zul Bedah, Tarom, Idi, Maker
Front row : Chipong, Abu, Koboi, Amir


Tengahari esoknya, Isnin 18 Julai, aku ke KSH, xray tgn, dan ini la hasilnya... Sebbaik tak patah, tapi tisu sudah koyak, kurang sikit je pada patah...