Singgoh Le Dulu Aok Yer

Saturday, July 24, 2010

BERSAWANG

Lama gak tak update blog ni. Dah naik sawang dah jadinya. Cuma dua entry after my dad passed away last month. Tak yah la bagi reason kut...

So, some updates on the kids. Result peksa penggal lepas dah kuar, Kakak dapt nombor 3, 7A 1B. B utk Pendidikan Seni. Tak leh nak cakap apa sbb ibu ayah dia pun mmg buta seni. Adik dapat nombor 7, 7A 1B jugak. B for English. Dapat B sebab dia tak jawab satu page. So, boleh la dimaafkan dengan peringatan utk exam2 akan datang. Last week, Adik tukar kelas, naik kelas pertama (sebelum ni dia kat kelas kedua). Alhamdulillah.

Buku report Kakak aku ambik sendiri dari Cikgu dia kat sekolah. Adik punya, tak sempat aku sampai, neighbour aku dah tolong ambikkan sbb Adik kata, "Ingatkan Ayah tak datang. Adik lupa nak cakap kat Ayah semalam. Pas tu Adik telepon Ayah tak dapat..."
Pandai plak tu, bagi buku repot tu kat aku masa pakcik2 makcik2 dia ada kat rumah. Kalau aku tak puas hati, boleh la pakcik2 makcik2 dia tolong cover. Dia takut aku tuntut janji, sbb dia janji nak dapat nombor 3 masa mintak izin nak bermalam rumah ibu dia seminggu sebelum exam ari tu. hahahaha...
Apapun, aku still puas hati dgn result diorg, tapi both of them still kena usaha utk dapat tempat pertama peksa2 lepas ni. Moga Allah terus beri mereka kekuatan. Amin.

Thursday, July 1, 2010

SEBAB DAN MUSABAB


Ramai yang tanya aku, macamana Ayah aku meninggal. Macamana peristiwa berlaku. Macamana dia lemas. Macam2 soklan.

To be frank, I don't have all the answer. When I left home that morning, he was still there, safe and sound. Still ngan kain pelikat dan kemeja lengan pendek warna hitam. Baru lepas mengaji. Tak de beza dari hari2 sebelumnya. Cuma pagi tu, dia terlambat bangun dan miss jemaah Subuh di surau. So dia semayang Subuh sorg2 kat rumah. Tak de la pelik pun. Then dia bagitau, dia nak pergi carik kepah dgn Pakcik Ali. Pun bukan benda pelik, sbb sebelum2 ni pun, dia mmg pergi carik kepah dgn Pakcik Ali.

12.45 Teh Man call aku, tanya "Macamana dah cerita?" "Cerita apa?" "Teh kata Ayah hilang kat pantai Balok.." and from that moment, it was soo.... ntah la, aku pun tak tau perkataan apa aku nak pakai. Aku call sana sini, abang aku, adik aku, abg yie, abg aku, adik aku, abg yie... Kalau kereta aku boleh bercakap, sure dia marah aku sebab duk terpusing2 sana sini...

Dlm pukul 2 lebih, jenazah sampai kat HTAA. Luluh hati aku tgk Ayah sampai dlm palstik mayat hitam dlm jeep polis. Aku tak pernah terlintas, terpikir, tergambar betapa manusia semulia ini berakhir hayatnya begini. Aku sangka aku dah cukup kuat, aku ingat aku dah tak kan menangis lagi walau apa pun cubaan yg datang... Tapi, sebaik Abg Yie bukak plastik utk tgk muka Ayah, aku terduduk. Lemah seluruh tubuh aku. Aku tak mampu nak berdiri... Menangis semahunya.

Diluar bilik mayat, org nampak aku setenang-tenang manusia, tapi org tak tau betapa kuat jiwa aku meruntun mahukan Ayah aku hidup semula. Betapa hati sakit utk lpaskan Ayah pergi. Belum cukup aku berbakti padanya, belum sempat aku nak beri kesenangan pada dia, belum...

Selepas Surah Fatihah, aku teringat apa yg aku selalu cakap pada org. Ajal maut hak Allah. Bagaimana cara dia pergi, hanyalah sebab dan musabab yg Allah ciptakan utk hidangan akal manusia yg terbatas. Perkara utamanya, ajalnya telah tiba, dan seluruh rezekinya dah tak ada lagi di atas dunia...

Dengan ingatan itu, aku redhakan pemergian Ayah, walaupun aku menangis lagi selepas aku kecup wajahnya buat kali terakhir. Dan aku masih menangis, di saat aku tuliskan cerita ini..

p/s : Terima kasih utk semua keluarga, sahabat, rakan dan taulan atas ingatan, ucapan, doa, kunjungan dan juga sumbangan. Semoga Allah jua yang membalas kebaikan anda semua dengan kebaikan yg berlipat kali ganda...