Singgoh Le Dulu Aok Yer

Monday, January 7, 2013

MEMANG TAK PERNAH ADA

Uhuk!! Uhuk!! Banyaknya habuk kat sini. Lama sangat dah tak menulih kat sini. Sori naik lori la ya...

My best friend, A'nas  asked me a few days ago, "ko ada update blog tak? Ko cek blog aku, last posting tu rasanya menarik utk engkau.."

Aku pun bukak, baca. Pecah perut gelak sorang-sorang. Sebbaik tak terburai perut buncit aku, banyak pulak kerja orang nak membersih nanti. Sebbaik jugak anak2 aku tak de kat rumah, kalau tak sure diorang lari keluar mintak tolong jiran sebelah menyebelah kata bapak dia masuk hantu..

Kisah pertemuan pertama dia dengan isterinya. Malam tahun baru 1995. Salah satu malam yang takkan aku lupakan sepanjang hayat. Aku gelak, sebahagiannya sbb tulisan dia, sebahagian lagi bila wajah2 dan video peristiwa tu flashback dlm otak. I was there, semua happened depan mata, and I laughed. Sebab malam tu, Anas memang gelabah puyuh, gabra tahap gaban. Teringat muka dia malam tu pun aku dah gelak. 

Aku terlibat banyak dalam kisah cinta insan berdua ni. First meet, first dinner, first date, first outing, first Sg. Petani, tunang, kawin, first baby. But it's better utk dengar semua citer tu dari dia sendiri, aku ni pelakon pembantu lelaki je, bukan hero.. Alhamdulillah, bermula malam tersebut, hingga sekarang anak dah lima. Aku bersyukur Allah panjangkan jodoh mereka, glad they've sucessfully walk all those miles. 

Lps baca part 2 hari ni, aku belek2 album aku, carik2 gambar aku berdua ngan dia. Belek punya belek punya belek, tak jumpa. Termenung kejap. Pas tu baru la aku sedar, aku memang tak pernah ada gambar berdua ngan dia. Gambar ramai2 mmg banyak. Mungkin aku lupa, atau mungkin ada album gambar aku yang hilang, tp aku memang tak ada gambar ngan dia. Tetiba rasa sayu...


Ini gambar tahun 1994, masa birthday Kiah (awek yang kat tgh tu). Anas paling kanan, masa ni pinggang dia saiz 27. Sekarang pinggang dia... ntah, aku pun lupa nak tanya pinggang dia sekarang saiz berapa. hehehe...Sebelah dia Musa, pun kawan baik aku jugak. 

Anyway, selamat berblog, sahabat. U've always impress people with your words, now impress us with your text... www.adieanas.blogspot.com.



Tuesday, July 3, 2012

MASISWA 2012

Suku Akhir vs RANACO (2-0)






  


  





  









Belakang : Epul Letrik, Faiz, Kamarul, Yusri, Panjang Izzul Fikri, Noni, Firdaus, Me, Aizat
Tengah : Epul Libero, Ajid, Dafi
Depan : Mat We, Yus, Nik


Friday, June 29, 2012

The Past Weeks


Sangat sibuk dalam 4 bulan terakhir ni. Sampai tak sempat nak pikir pasal benda lain. Persiapan untuk macam2 program, ada yang jadik, ada yang sangkut, ada yang reject. Ada program sendiri punya, ada yang department lain punya, ada yang tangkap muat, ada yang bidan terjun.

21 Mei 2012
- start training team volleyball IKIP, persiapan untuk ke sukan MASISWA Zon Timur.
- meeting dgn PPD Kuantan dan Badan GPK Kuantan untuk persiapan penganjuran Seminar Transformasi Kepimpinan Guru2 Penolong Kanan Negeri Pahang. Kerja-kerja awalan aku dah pun start a month before.


22 Mei
- 18 orang anak buah aku gerak ke Cameron Highlands untuk program Train the Trainer, persiapan untuk Program Puncak Jaya 2012 Fasa 1. Aku tak leh ikut, kalau aku ikut, the whole group tak leh pergi. Nak bagi diorang lepas pun, 145 kali gaduh ngan bos, last2 aku sendiri sign semua dokumen dan pelepasan.
- start duty as Internal Auditor, dan HR Dept. jadik 'mangsa' pertama. 1 NCR, 2 OFI. Bukan aku yang bagi, kawan aku yang bagi, aku first timer, follow the leader je.. hehehe


23 Mei,
- audit di IKIP Bentong. Belum bukak work instruction, dah kena 1 NCR. Giler kejamnya aku... sob sob... - Balik petang tu, sempat lagi join Yusri train budak2 volleyball. Ramai muka baru, unluckily, beginners. So... terpaksa kerja lebih untuk siapkan team.


25 Mei
- rehearsel untuk Program Pelancaran Pelan Pembangunan IKIP (we call it majlis pecah tanah). Tak paham betul aku, persiapan dah berbulan lamanya, Jumaat rehearsel, Isnin dah nak start program, alih2 time tu panggil aku jadik Floor Manager. Ngko panggil MB, EXCO, Adun segala, pas tu last minute letak semua atas kepala aku...


26 & 27 Mei
- training volleyball
- persiapan Seminar GPK dan Majlis Pecah Tanah


28 Mei
- Seminar GPK bermula
- Majlis pecah tanah
- Volleyball start training pagi dan petang


29 Mei
- Seminar GPK
- Training volleyball
- Jamuan makan malam sempena seminar GPK


30 Mei
- Seminar GPK, penutup
- Training volleyball
- Gerak ke Kuala Lumpur


31 Mei
- Seminar 'World Islamic Tourism' di PWTC. Seminar 'Islamic' yang hilang keIslamannya...
- Gerak ke Bangi


1 Jun
- Mengadap YH Dato' Monir Yaakob, Pengerusi Lembaga Pengarah IKIP di ILIM, Bangi untuk tandatangan dokumen perjanjian program usahawan muda.
- Gerak semula ke KL


2 Jun
- Hi tea dan mesyuarat gathering XSAS 8690 2013 di rumah Lareng, Shah Alam
- Gerak balik ke Kuantan


4 - 8 Jun
- Persiapan akhir Program Puncak Jaya
- Training volleyball, pagi dan petang, friendly matches


12 Jun
- Final training volleyball & friendly match
- Gerak ke Jerantut utk Program Puncak Jaya


13 Jun
- Kick off Program Puncak Jaya 2012 di ADTEC, Jerantut, dirasmikan oleh PPD Jerantut mewakili JPNP
- Gerak ke TATIUC, Kemaman untuk Sukan MASISWA 2012 Zon Timur
- Mesyuarat Pengurus2 pasukan


14 Jun
- Perasmian MASISWA 2012
- first game, UNITEN (1-2)
- gerak balik ke Jerantut untuk Puncak Jaya
- menyambut ketibaan Prof Sr. Dr. Jasmee and Mr. Supian dari UiTM
- ngeteh ngan Mozi & Ayi
- tak leh tido teringatkan team volleyball kat Kemaman... apa barang... hahaha


15 Jun
- penutup Puncak Jaya oleh Tn. Haji Jalani Ludin, Ketua Sektor Akademik, Jab. Pelajaran Negeri Pahang
- 2nd game team volleyball, KIPSAS (2-0)
- gerak semula ke TATIUC di Kemaman
- sempat sampai sblm start 3rd game, KPTM (2-0)


16 Jun
- quarter final, RANACO, (2-0)
- semi final, TATIUC, (1-2)
- penutup MASISWA, balik Kuantan


17 - 22 Jun
- demam, batuk selsema, migrain, hidung sumbat, telinga sumbat, otak sumbat, semua sumbat.
- MC 4 hari...

sakit sampai sekarang tak baik lagi....

Friday, March 2, 2012

PETIKAN DARI KAWAN-KAWAN

Azli Afendi (ae) wrote :

There are 3 reasons why people hates you :
1.   They wanted to be you
2.   They hated themselves
3.   They saw you as a threat

Well said. Thanks ae.

Friday, December 30, 2011

SEPI

Terasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembaliku mengenang dirimu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama kumenangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah di antara kita..