Singgoh Le Dulu Aok Yer

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Dengan seikhlas hati, saya ucapkan selamat hari raya aidil adha untuk semua.

Sesaper yg sembelih korban, tahniah! Sesaper yang tak dapat, cuba lagi tahun depan. Sesambil tu, tolong2 la yek org sembelih korban.

Selamat.

Saturday, November 21, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009

Dalam merajuk dan kecik hati sebab Kakak tak dapat Nombor 1 exam final di sekolah kebangsaan, aku tetap jugak pergi ke Hari Anugerah Kecemerlangan (zaman aku sekolah dulu dipanggil Hari Penyampaian Hadiah) kat sekolah dia pagi tadi. Bukan jauh pun. Tak sampai seratus meter dari rumah. Jalan kaki jer dalam hujan lebat pagi tadi.
Bajet2 masa utk persembahan dan ucapan2 yg aku malas nak dengar (lagi baik aku jemur baju ke apa ker...), aku sampai tu, sedang-sedang elok, cantik2 jer pengacara panggil nama Kakak utk terima hadiah utk matapelajaran Bahasa Inggeris Tahun 2. Bahasa Inggeris! Hahaha.. Kira OK jugak la sebab Kakak dulu tak der pun masuk tadika swasta ke, Smart Reader ke, Smart English ke, Smart Arabic ke apa segala berbanding ramai kawan dia yg lain.
Tak sempat nak ambik gambar dia terima hadiah. Sempat ambik gambar2 ni je.
Kalau tak silap la, masa aku Darjah Dua dulu, aku dapat No. 1. Bahasa Inggeris mmg tak pernah tak dapat A. Darjah 3 dah start buat pementasan drama dlm Bahasa Inggeris. Nanti tahun depan kita tgk Kakak boleh pecah rekod Ayah dia ke tak. Hehehe.
Anyway, Alhamdulillah, walaupun tak dapat No1, jauh merosot ke No. 7, still ader sedikit 'saguhati' utk Kakak, dan aku sama. Terima kasih Kakak. Lagi sekali Kakak buat Ayah bangga. Dan terharu amat sgt. Kalau la arwah Tok masih ada...
Anyway, sempat juga jumpa dgn Cikgu kelas dia. Just say hi. And jumpa jugak Cikgu Maths dia yg jugak x-classmates aku dr Darjah 1 sampai Darjah 6 di sekolah yg sama dgn sekolah anak aku ni. Sekolah ni dah berusia 100 tahun beb!!

Sempat jugak jumpa Hadi (junior aku di SEMSAS dan UUM) dan wifenya Salmah (classmate aku di sekolah rendah ni, classmate masa kat Matrik dan kawan di UUM). Anak diorg pun dapat hadiah gak. Tak dan nak sembang lama, nak cepat balik nak kena gi ofis.
p/s : Aku dah tak merajuk dah. Sajer je ugut Kakak hari tu. Hehe.

Thursday, November 19, 2009

TNB PUNYA HAL, KAMI YANG BASAH

Pagi semalam, Beserah tak der air. Dalam hati kecik aku kata, kalau tak di Loji Alor Akar, mesti Empangan Kobat ada masalah. Tak pe la. Nanti sampai ofis aku ctc Sepol tanya apa hal. Sampai ofis, ding dong ding dong, pergi site kat Maran, terus lupa nak tanya Sepol. Sampai rumah tgh malam, still tak der air. Hah!! Ni yg rasa mcm nak bunuh org je ni. Sib baik la air yg takung ptg tadi ada lagi. Baru teringat semula kat Sepol. Dah tgh malam ni, esok je la tanya.
Bangun pagi tadi, dah ada air. Cuma tak laju mcm biasa. Dah OK la kut tu. Sampai ofis, Ina tanya, mcmana nak beli diesel dlm tong. Aku tanya nak buat apa? Utk genset kat Pam Alor Akar. TNB buat hal lagi. Oooo... patut la.
So, terkejar ke sana ke mari la aku ngan Lan dan Nazri. Pergi JBA, pergi Jabatan Perdagangan Dlm Negeri, pergi carik pam, pergi carik dram, pergi carik diesel, pergi tuang diesel. Dan semua tu... dalam hujan!!
Hmmm... best jugak lama2 tak main hujan nih...
Terima kasih kat TNB. Dapat gak alasan utk aku main hujan. Hahahahaha....

Saturday, November 14, 2009

HARI KECEMERLANGAN DAN KHATAM AL-QUR'AN 2009

Hati tengah sebak. Something happenned lepas majlis ni. Tak tau nak tulis apa, tak tau nak tulis macamana.
Anyway, back to the topic. Pictures speak thousands words. Here's some of them, telling you the stories, and how proud I am.
Terima kasih, Kakak.
Terima kasih, Ya Allah kerana menjadikan aku Ayah untuk anak sebaik ini.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah.




Backdrop banner


Tempat Pertama Kelas Imam Muslim Dan Murid Cemerlang Tahun 2


Tempat Pertama Kelas Imam Muslim

Murid Cemerlang Tahun 2, 2009



Alifah Nadia Amin, made me a proud single father


Hadiah Untuk Tempat Pertama



Hadiah Untuk Pelajar Cemerlang Tahun 2, 2009


Friday, November 13, 2009

DIALOG MALAM

"Ayah, Kakak kan, tukar tempat dengan Jannah. Kat sekolah agama...."

"Nanti! Nanti! Ni, peksa sekolah kebangsaan, dah dapat result ke belum?"

"Dah!"

"Dapat nombor berapa?"

"....", sambil tunjuk tujuh batang jari dari kedua-dua belah tangannya.

"Nombor 7?"

"....", sambil mengangguk.

"Itu la. HAri tu, Ayah suruh baca buku, Kakak buat muka, siap hentak-hentak kaki..."

"Itu la Ayah. kat sekolah agama Kakak dapat No. 1, Jannah dapat No. 7. Kat sekolah kebangsaan, Kakak dapat No. 7, Jannah dapat No. 1. Tukar tempat..."

"Apa apa la, Kak. Tahun ni Ayah tak gi la Hari Penyampaian Hadiah kat sekolah kebangsaan tu.... Ayah merajuk..."


p/s :

Teringat ayat si Munir Amani (Strada Lunii) - "Expect the unexpected"
Expectation aku tinggi sangat ke?

Thursday, November 12, 2009

Dialog Pagi

"Ayah, hari Sabtu ni Ayah kena pergi sekolah Kakak"
" Sekolah kebangsaan ke sekolah agama?"

"Sekolah Agama"

"Kenapa?"

"Ada Hari Penyampaian Hadiah"

"Kakak dapat Hadiah tak?"

"Dapat. Yang peksa baru ni"

"Kakak dapat nombor berapa?"

"Kakak dapat nombor satu"

"Alhamdulillah. Bagus anak Ayah ni"

"Ayah boleh datang tak?"

"Ayah mesti datang..."

Wednesday, November 11, 2009

ADOI!! SAKIT KEPALA!!!

Ntah apa la bangangnya kepala aku hari ni. Tak tau la pasal apa. Keje banyak kut. Tapi aku ni, hari2 pun byk keje. Tak de la sampai mcm ni. Ari nih aku rosakkan tiga cek untuk satu transaksi plus another cheque for another transaction. 4 keping cek dalam satu hari. Rekod baru aku!! Sangap otak betul la...
Terkejar sana, terkejar sini. Buat akaun pun tunggang terbalik je semua. Lepas tu menung tak tau nak wat apa. Otak jadik kosong. Tepu kot.
Byk lagi nih benda nak kena settle. Akaun bulan lepas pun aku tak balance kan lagi. Payment sangkut tak terkejar lagi pun byk nih. Apasal ek diorg ni tak nak bayar duit kitorg. Penat tau kena kejar ngan supplier nih. Sib baik track record kitorg ngan supplier2 cantik. Kalau tak dah lama diorg serang ofis.
Ari ni nak balik awal. Dah berapa mlm dah balik tgh malam. Sure Kakak ngan Adik rindu nak berbantalkan perut Ayah diorg ni sambil tgk TV. Exam dah habis, so malam diorg tak de byk bende nak buat. Lepas solat, ngaji, dinner, tgk TV.
Harap2, esok kepala otak berjambul aku kembali bergeliga...

Thursday, November 5, 2009

GRADUASI ADIK

A few days before 1 November, setiap malam Adik akan tanya : "Ayah boleh datang tak Ayah...". Setiap kali aku jawab ya, dia akan start cerita yg sama pasal apa Cikgu dia cakap, apa kawan dia cakap, pasal semua2. Semua tu, bagi aku menggambarkan betapa seronoknya dia nak konvo.


So, 1 November, kami tiga beranak ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pahang, tepi Pantai Batu Hitam. Tahun ni graduasinya agak berbeza sebab semua Tadika KEMAS Zon 1 Beserah buat secara bersama. OK jugak cam tu. Boleh jimatkan belanja KEMAS. Selamat la sikit duit kerajaan. Cuma bila duit dah byk sok, makin byk la pulak yg kena kebas oleh kera-kera dalam kerajaan tu. Nasib la sapa terasa...

Cam biasa la, time graduasi, ada persembahan budak etc. Adik cam biasa la, bersilat la dia ngan kawan2.
Jawa Rangers.. Kembali!!

...bersama 3 panglimanya yg memimpin 300,000 bala tentera yg setia

..selesai pertarungan maha hebat itu, Jawa Rangers bertukar menjadi graduan. Bertukar!! Bertukar!!



Inilah rupa Jawa Rangers setelah bertukar sepenuhnya...



Bersama panglima-panglimanya yg juga telah bertukar...

Adik orang pertama terima sijil utk Tadika dia. Masa Adik beratur tu, aku dah nampak dia beratur kat depan sekali. So aku pikir dalam kepala, may be ikut susunan abjad kut. Tapi takkan dah tak der budak2 sekarang pakai nama Abdul ke, Ahmad ke... sampai la masa pengacara Majlis announcekan nama Adik, dia sebut "Penerima Utama...". Oh! OK.



Sorry la Adik, Ayah tak dapat angle elok la utk gambar ni. Ramai sangat org. Pakai kamera phone je pulak tu...


'yang utama'



Dengan Kakak


Anak Bapak

Tuesday, November 3, 2009

Exam Oh Exam

Sebut pasal exam ni, kan, bukan Kakak jer yg nak final exam. Student aku pun nak final exam jugak.

Untuk paper aku, esok final exam. Pas tu habis la kelas utk sem ini. Maka bergumbira ria lah mereka meraikan tamatnya semester mereka.

Eh! Chopp!! Lepas exam paper aku, minggu depan diorang start final exam utk paper2 lain. Kiranya paper aku nih kira pemanas badan la. Warm up lap la kira. Ok gak tu.

So, ari nih, aku dah siapkan soklan2 final. Ptg nanti, drop by kat IKIP Taman Gelora, pass all the questions to Mazlina utk print out. Esok, exam....

Lepas tu, part yg aku paling malas.... nak mengira markah dan gred budak2 nih...

Seb baik sebahagian besar aku dah kira awal2...

So... study la! Apa lagi?

Monday, November 2, 2009

Kakak Start Exam Final

Last week, the whole week, Kakak exam kat sekolah agama dia. Sebahagian result dah dpt. 2 subjek dpt 100%. 2 subjek dapt 98%,both highest dalam kelas. Lagi satu subjek, tak ingat lak aku dia dpt berapa, tapi dia kata highest dalam kelas jugak.

Alhamdulillah. Mcm OK jer. Harap2 dia dapat nombor 1, dlm kelas dia dan seluruh kelas darjah dua kat sekolah tu. Asyik dapat nombor 2 jer, mana tahan...

Hari ni dia start exam sekolah rendah pulak. Hopefully dia boleh maintain first place mcm tahun lepas. Aku cuma harap, dlm minggu exam ni, tak der sebarang gangguan utk dia. Tak der demam, tak der lawatan mengejut. So dia boleh concentrate utk peksa dia.

Aku pun minggu ni, plannya balik awal setiap hari so aku boleh bantu dia study. At least pun aku boleh make sure dia study.

Biasa la kan? Ayah2 lain pun rasanya mcm aku jugak. Harapkan yg terbaik utk anak2. Lagi pulak anak2 yg tak der mak mcm Kakak ngan Adik ni.